Pages

Monday, September 12, 2011

Motto semasa camping

Saya suka Camping!!
Tapi sayangnya,saya tak ada simpanan gambar (dalam bentuk soft copy) masa zaman muda belia asyik bercamping dulu.Tsk..

Bila diingat balik,camping joka-joka atau just for fun ni banyak mengajar kita perkara dalam hidup,di antaranya:
1)Survival

-Masa bilakah korang bukan tin tanpa menggunakan 'can opener'?Tentulah masa camping.
-Masa bilakah korang tak memerlukan khemah yang proper untuk tidur?Hanya gantung 'hammock' dah boleh tidur dengan pakej siap berdengkur?Dah tentulah masa camping.

2)Belajar masak

-Bila kita rajin camping,secara automatiknya kita akan belajar masak.Bayangkan,dalam hutan boleh masak gulai daging,ayam masak lemak cili api.Perghh...korang jangan asyik fikir kalau camping lauknya Sardin..Sardin...sardin...
-Dan secara langsung dapat belajar jugak masak nasik untuk 15 orang  guna api kayu.Hebat!

3)Skil menyidai'baju kecil'

-Apalah Noi ni,sidai baju pun nak kena ajar ke?
Bukan sidai baju secara normal tu,ni sidai hat kecik-kecik tu tanpa orang lain nampak apa yang korang sidai.Kalau korang nak tahu caranya,pergilah camping.Tapi jangan buat kat rumah,kang mak korang bebel pula.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita dapat belajar daripada camping just for fun ni.Camping macam ni sangat leisure sebab korang yang atur sendiri aktiviti,kalau mengikuti perkhemahan bersepadu peringkat Taman Wahyu tu dah cerita lain ye.
Trip camping 2 hari 1 malam ke Gunung Raya,Langkawi tahun 2006 kalau tak silap.Saya masih kanak-kanak ribena masa ni..Shiokkk camping kat sini,sejuk aje..


Selain daripada itu,ada motto atau slogan yang pernah kami gunapakai semasa camping.Di antaranya ialah:

1)Tidak dibenarkan masak lauk sardin
-Sebenarnya nak tulis lauk sardin diharamkan dalam camping trip.Tapi macam tak sesuai pula.Apa yang nak disampaikan ialah,lauk-pauk yang menjadi menu bukanlah tahap cikai,seperti telur dan sardin(tapi kena bawak jugak sebagai back up).Tapi yang berasaskan ayam dan daging.Kat sekolah takde subjek ajar macamana nak simpan daging dalam hutan kan kan???

2)Kerja kita,kerja kita.Kerja Orang,kerja kita juga.(Kena baca banyak kali ulang-ulang sampai faham maksudnya)
-Takboleh selfish lah senang kata.

3)Benda pelik jangan tegur,benda tegur jangan pelik.
-Hehehe..korang faham-fahamlah kan kalau kita tidur dan menginap di tempat yang bukan tempat kita.Tak dapat dielakkan kisah-kisah mistik tapi setakat ni alhamdulillah,saya tak pernah kena.

Sekarang ni rasanya dah bertahun-tahun tinggalkan arena per'camping'an.Rindu bau 'tent',rindu nak masak guna 'stove' dalam 'messtin'.Rindu bau pokok,rindu nak mandi kat sungai berair terjun,lepastu dengan baju basah sambung makan roti cicah mushroom soup.



 Kepala tu terpaksa di orenkan sebab tak menutup aurat dengan sempurna.Tidur atas 'mat' tu sambil berbungkus dengan sleeping bag pun jadi.

4 comments:

Zulfikar Hazri said...

ajar la noi.. ajar lah noi... mcm mana nak jemur spende org tak nampak..

pastu ajar mcm mana nak simpan ayam dlm hutan...

series nak tau nih...

p/s teringat awal tahun ni... jelajah gunung2 malaysia..

norinaomar said...

ko syoklah ikar,dapat chance naik gunung.
aku nak naik Tahan masa kat U dulu,omak tak bagi.

jawapan kepada persoalan kau akan ku ulas dalam next entry,nak cerita panjang woh.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

masa sekolah menengah rajin jugak camping dgn kawan2 time cuti sekolah. camping sekolah anjurkan jgn harap nak ikut tp camping dgn member2 memang selalu la join. selalu kitorang camping tepi pantai.. makan kat gerai. :D

norinaomar said...

cik lekit:syok kann??
fun n leisure gitu.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger