Pages

Thursday, September 8, 2011

Kisah Mengandung

Aku kalau ngajar kelas Year 1 ni aku suka tanya soalan-soalan yang bertahap tinggi,nak bagi diorang berfikir.Sebab budak-budak kalau kita dah biasakan dengan soalan bertahap tinggi secara tidak langsung akan mematangkan mereka dan meningkatkan tahap kecerdasan.Tu teori aku je lah.Aku reka sendiri.




So,semalam sambil-sambil diorang buat latihan tu aku ajak diorang bersembang.Kebetulan pula masa tu perut aku macam buncit penuh angin + kekenyangan baru lepas makan ketupat pulut kat open house.Aku usap-usap perut aku.

Cikgu Noi   :Aduh..besar perut saya.Ada baby dalam ni.Percaya tak?
Year 1         : Takkk..
Cikgu Noi   : Kenapa tak percaya?Betul lah..
Farah          : Tak ada baby teacher.Kamu tipu.
Cikgu Noi   : Ok,kenapa pulak kamu kata perut saya tak ada baby?Siapa dapat jawab saya bagi seringgit.
Azim           : Sebab cikgu tak kawin lagi.
Cikgu Noi   :Bagoss(Sambil tunjuk tanda cap jempol)
Farah           : Tapi kenapa Kak ABC tak kawin lagi tapi ada baby dalam perut. 
Cikgu Noi   : Errrrrrrr..................................................

Masa tu serius aku taktahu nak jawab apa.Aku cuma diam je,tapi aku jawab jugaklah."Sebenarnya tak boleh macam tu,itu perbuatan yang salah".Nasib baik budak tu tak tanya banyak-banyak.

Risau jugak kalau situasi macam ni dah berleluasa.Sebab kanak-kanak akan mencontohi apa yang mereka lihat.Bila mereka lihat bahawa mengandung tanpa berkahwin itu adalah sesuatu yang tidak dilarang dan dianggap biasa.
Hmm..Nauzubillah.Mudah-mudahan kita dan keluarga kita dilindungi oleh ALLAH.




5 comments:

Zulfikar Hazri said...

nampak sangat perut teacher noi masa tu buncit gila... kalau urut kuat2.. mesti terkentut2 kannnn

norinaomar said...

isyk takdelah sampai buncit macam orang peknen 9 bulan tuuuu...
bukan takat tekentut,tercherry berry terus

cikcloudy said...

kak ABC?? huhu..

norinaomar said...

tu takleh sebut nama sebenar,that's why tulis ABC

umi hannan said...

itu yg best jadi cikgu ada tukang komen..
jom lawat blog saya juga..
http://abiumihannan.blogspot.com/

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger