Pages

Monday, September 19, 2011

Edisi Majalah Hiburan di Malaysia

Dah lama betul tak ada entri.Susah nak cari idea sekarang,mungkin disebabkan aku dok terperuk je kat sini jadi ilham tu susah nak datang.Entri ni pun aku dapat idea masa bangun bersahur pagi tadi.Alhamdulillah harini dah masuk hari ketiga aku puasa qadha' ramadhan + sunat Syawal.

"Eh , Noi..mana boleh gabungkan puasa qadha' dengan puasa sunat.Apa lah kau ni,ajaran sesat mana kau ikut ha!"

"Kalau benda ni ajaran sesat aku tak buatlah, pandai".Aku dah merujuk kepada beberapa ustad dan seorang ustajah.makanya aku tak ragu-ragu.Pandai!!"

p/s:Kalau ada orang menganjing kita,kita jangan cakap bodoh kat orang tu.Cakap pandai.Takbaik tau cakap bodoh.Allah marah.

Ok,kali ni nak cerita pasal majalah-majalah hiburan kat Malaysia.Bukan majalah ilmiah ye kawan-kawan,samada National Geographic atau Readers Digest, harap ambil perhatian.

Aku minat baca majalah masa sekolah tapi majalah yang berunsurkan hiburan.Maklumlah,nama pun awal remaja.Itu pun pinjam baca dari kawan-kawan sebab aku mana mampu nak beli majalah masa sekolah.Mana taknya,duit belanja ibu bagi cuma RM0.50-RM 1.00 (sekolah menengah).Zaman sekarang kalau budak dapat duit belanja banyak tu mesti muncungnya boleh buat sangkut baju."Aii mak,takkan seringgit je mak."

Mari kita selongkar satu persatu majalah yang aku pernah baca dan aku percaya korang pun ada baca sama jugak.


Mangga
Benda yang paling aku tak boleh nak lupa dan sampai sekarang boleh jadi bahan ialah tahi lalat Siti Nurhaliza.Kejap-kejap belah kiri,kejap-kejap belah kanan.Kejap macam kecik je,kejap aku tengok kat edisi bulan lain beso pulak tahi lalatnya.Penangan tahi lalat Siti Nurhaliza yang kebetulan masa tu aku baru berjinak-jinak baca majalah Mangga ni menyebabkan kawan sekelas aku ada yang buat tahi lalat palsu guna pen kat muka diorang.Saja-saja katanya.Oh no!


Mingguan Wanita
Aku tak nafikan majalah ni masa awal kemunculan memang menarik.Tapi sekarang ni mata aku dah jadi naik berpinar-pinar bila baca majalah ni sebab terlalu lalu lalu banyak iklan.Hadoi..potong setim betul nak baca.Ada ruangan surat pembaca tu,ramai pembaca yang kata suami diorang turut sama baca majalah ni.Tiba-tiba aku rasa surat tu ialah palsu.Boleh tak?

 source: mystupidlullaby.blogspot.com

Galaxie
Masa search kat google image tadi aku taip 'Galaxy'.Terus keluar banyak gambar Samsung Galaxy Tab.Baru aku sedar aku salah eja.(Malu sendiri.)
Majalah ni aku tak beli pun.Favourite aku ialah part tengah-tengah.Ada lirik lagu + poster yang besar.Aku selalu pegi kedai kawan aku yang kebetulan kedai tu ada jual majalah ni.Aku belek-belek.Then tengok pulak kat tengah-tengah ada lagu best n poster Budak-budak Belakang Lorong (cuba translate ke English).Aku pun photostate muka surat tengah-tengah tu,photostate saiz A3 kau,haa ambik!
Boleh kata tiap-tiap bulan jugaklah aku buat kerja tu,tapi waktu kawan aku yang jaga kedai la.Kalau waktu kakak ipar dia yang jaga aku menonong je lalu depan kedai tu.Sebab kakak ipor dia tu muka cengey.Haha!


Mastika
Majalah ni kan famous dengan cerita-cerita pasal mayat.Terkesan jugaklah kat aku sampaikan nak rajin solat sebab taknak muka aku masa mati jadi macam muka Ba Alip Ba Ya.Lepas tu isu yang dikeluarkan macam dah agak bosan (untuk diri aku).So setakat zaman sekolah je lah aku baca majalah ni.


Remaja
Zaman-zaman taktahu hukum percaya horoskop tu adalah tak dibenarkan,aku memang suka baca majalah remaja ni lepas tu siap syok sendiri bila horoskop tu macam betul je kena kat aku.Astaghfirullah.Aku punyalah mengikuti majalah Remaja ni sampaikan aku tahu yang Wardina dan Juliana Banos tu pernah join Dewi Remaja.Masa diorang mula-mula keluar TV, laju je aku cakap..alah ni yang pernah masuk Dewi Remaja tu.
Tahun lepas aku ada cuba curi baca majalah ni , housemate aku punya.Tiba-tiba aku rasa semacam je.Rupanya tu simptom menunjukkan aku dah dewasa makanya aku tak lalu nak baca Remaja ni dah.


Satu je majalah yang aku tengok dari dulu sampai sekarang tanpa rasa jemu.Apa dia?

*

*

*

*



Heheh!Majalah Tiga di TV3 setiap Sabtu jam 9 malam.

p/s:dah 7.14 pagi tapi aku masih belum siap-siap nak ke sekolah Adoiyai!!!!!

8 comments:

Elyana Ahmad ツ said...

wah sip sikit kak noi,sy pun tergerak hati buat entri pasal majalah pagi tadi,kehkeh.


semua sy baca tapi paling nyampah mastika.ekekeke

norinaomar said...

gip me pai!!!!!

kita serupa tapi tak sama hahaha

Zulfikar Hazri said...

back street boy oraiteee!!!


apsal semua org buat entry majalah ni? ada segmen ke? haha

norinaomar said...

entah,agaknya semalam aku ngan budak dik non ni ada pertembungan secara telepati kot..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

memang rasa bosan dah baca majalah skrg bebanding zaman baru akil baligh dulu.. bagus cikgu norina. kita dulu sekolah mak bg rm2.50 pn rasa sikit.. yelah abis sekolah suka melencong.. :d

norinaomar said...

ke sebab kita ni dah meningkat umur kott..

hehe tang duit belanja tu memang susah nak dapat lebih dari seringgit.nasib baik makanan kat kantin murah masa zaman sekolah dulu

Cik Am said...

salam cik noi..

dah rasa lain ek baca remaja?haa..pe tu tandanya?hehe..

kan dah tak lama lagi dh nak kena tukar title kan..bukan cik lagi.. :-)

norinaomar said...

takde,panggil je cik noi..sebab anak buah buah ku pun panggil saya cik noi gak

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger