Pages

Friday, September 9, 2011

Biskut Raya - Bila rasa tak seindah rupa

Setiap kali menjelang Ramadhan (bukan Syawal ye),ramai para wanita baik surirumah mahupun yang berkerjaya membuat pelbagai perancangan untuk menambah duit raya.Maklumlah,raya kan nak pakai banyak duit.

Selain daripada berniaga kat bazar Ramadhan, ramai juga yang berjinak-jinak dengan bisnes biskut raya. Sampel dah di edarkan,tempahan sudah disenaraikan.Pada pendapat saya,hanya ,mereka yang mempunyai level of confident yang tertinggi sahaja akan berani membuat bisnes menjual biskut raya semasa bulan Ramadhan.Yang kurang keyakinan,akan membuat biskut atau kuih raya hasil tangan sendiri  untuk diri sendiri,untuk family sendiri dan untuk family mertua (kalau yang dah kahwen).

Tahun ni tak dapat nak makan tart nenas ibu sebab oven dah rosak + ibu tak sihat...sobss..

Ya,ini ialah pengalaman pertama dan ianya kisah benar..Tapi pengalaman seorang rakan saya.Dia tempah 2,3 jenis biskut raya dari seseorang yang baru pertama kali nak berjinak-jinak dengan bisnes ni..Biasanya kita dah dapat menjangka rasa biskut raya yang dijual kat pasar atau bazar Raya.Kalau tempah dari orang perseorangan biasanya tidak pernah mengecewakan.Sebab saya sebelum ni akan tempah 2,3 jenis biskut dari orang-orang yang sama dan rasanya memang sedap dan kepercayaan itu masih bertahan hingga kini.Cuma dek kewangan yang tak berapa mengizinkan,saya tak beli satu jenis kuih raya pun tahun ni.

Balik pada kisah kawan saya ni,memang biskut yang ditempah tu sangat mengecewakan.Baik daripada harga yang tak berbaloi dengan jumlah biskut dalam bekas,rasanya apatah lagi.Macam makan tepung tau!
Sebab terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri lah,begini jadiknya.Rasanya kalau kita rasa,kita berbakat dalam membuat satu jenis biskut saja,maka jual yang tu ajelah.Tak payahlah nak cuba-cuba jual jenis lain,alamat disumpah orang jawabnya.

Macamana nak buat dengan kuih yang tak sedap tu?Simpan je sampai tengik?Bagi kucing atau ditongsampahkan?
Macamana pula dengan pembuat kuih raya tu?Nak bagi komen ke kat dia?

"Akak,saya nak cakap sikit ni.Akak jangan kecik hati ye.Biskut yang akak buat tu ok,tapi saya rasa takmampu nak telanlah kak.Saya minta maaf ye kak sebab komen kuih akak"

Agaknya tuan punya badan boleh terima tak?Atau kita berdiam diri saja.Dan itulah tempahan yang pertama dan terakhir.

p/s:Pernah mengalami pengalaman serupa ini?Silalah share...

4 comments:

Zulfikar Hazri said...

jarang bei kuih raya kat opis mate... sebab malas nak masam2 muka... tapi kalau ade org jual kek buah beli gak.. sebab bleh tau rasa dari rupa ngan bau..

komen je kat akak tu.. ckp kuih akak dah la tak sedap!!!! mahal lak tu....

norinaomar said...

takut dia masam muka plak kat kita..sebab kira kawan-kawan jugak lah ni.huhuuuu

Elyana Ahmad ツ said...

haha.saya baru je kena 2,3 hari lepas.mak sy konon2 simpanlah 1 bekas biskut.sekali mkn perghhhhhh xsedap sgt2.nk termuntah mkn.huhuhu

norinaomar said...

wekk..i can feel it!rasa nak campak balik kat tuan punya pembuat kuih je kan

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger