Pages

Saturday, August 20, 2011

Tips bercinta-Seorang awek tidak boleh...

Hai,bertemu kembali bersama Cik Siti Norinoi..anda semua bagus harini?Bagus..tunjuk tanda bagus begini..


BAGOSS!

Baiklah kali ini saya nak senaraikan beberapa perkara yang seorang Cik Awek tak boleh buat.Situasi ini tidak sesuai diaplikasikan MELAINKAN (lihat,huruf besar memberi maksud amaran) Encik Pakwe suka anda buat begitu.

1)Merajuk berlebihan

-Sikit-sikit nak muncung,sikit-sikit nak muncung.Tercakar perasaan sikit dah mula merajuk.Kalau drama sebabaknya cuma 30saat je takpe,ini berlanjutan sampai seminggu.Tambah 30 minggu dah boleh jadi sinetron.
-Boleh nak merajuk sebab itu ialah nature,tapi berpada-padalah.Rendahkan sedikit egois anda.Jangan tak merajuk langsung,hati kering tu namanya.


Huh!Benci!Taknak kawan dengan U,sebab taknak belikan I tudung liplap tu.Takpayah cari I lagi!

2)Demand @ Suka meminta-minta

-Kalau jalan kat shopping kompleks,asyik nak mintak belikan itu dan ini.Kalau baju tu cap ayam je takpe,ini brand yang harganya dekat separuh ribu.Mintak tengah-tengah bulan pulak tu.Dah tahu buayafren anda tu hanya bermotor kapcai dan kerjanya pun peon,fahamilah kewangan dia.

"Eh,Cik Norinoi,itu kan buayafren kita.Sukahati kitalah nak mintak apa kat dia.Dia sayang kat kita,gunung emas pun dia sanggup bagi tau."

"Hei hei Konah,be realisticlah.Mana ada orang boleh beli gunung emas,Ko tengok sikit harga emas sekarang dah berapa.Kalau masa couple ni dia terpaksa berhabis duit untuk bahagiakan kau,nak pakai duit apa masa nak meminang kau nanti?"

 
U,bila U nak tukar Kancil bobrok U ni ke BMW?Asal I duduk atas seat Kancil bobrok U ni,I rasa sengal-sengal punggungla,gatal-gatal pun ada.Cepatlah tukar,U sayang I kan...

3)Asyik nak sms

-Selang 5-10 saat asyik nak sms aje.Tak semua lelaki suka main sms.(kalau ada yang suka tu lainlah kan).Rimas tau.

4)Sibuk nak sms atau telefon bila encik Buayafren ada date dengan kawan-kawan.

-Kalau kita yang orang perempuan ni ada girls' day out,lelaki pun ada.Paling koman pun lepak-lepak ngeteh atau main futsal,badminton dan sebagainya.Dan seharusnya sebagai cik awek yang dah maklum ke mana encik buayafrennya pergi,tak perlulah nak jadi penyiasat takde gaji.Dan mintak pulak encik buayafrennya tu hantar report selang 2 minit.

SMS: I dekat SportPlanet ni U.10 minit lagi I balik.

-Biarkanlah mereka bersukaria.Bukannya selalu pun.Sebab tak semua perkara mereka boleh kongsi dengan korang.Biarkan Blackberi korang tu puasa berdering,dah habis aktivitinya tu,tahulah dia nak hubungi korang.

5)Tak faham minat Encik Buayafren

-Ha,ni lagi satu masalah.Korang memang tak suka jenis pakwe yang kuat mancing,terlalu aktif bersukan dan sebagainya.Tapi korang ambil risiko terima cinta mereka supaya tidak dianggap sebagai seorang loser atau tak laku kerana title single.Kemudian,apa jadi?Korang merajuk bila encik Buayafren keluar memancing dengan kawan-kawannya.

"U cakap dengan I sekarang,U nak ikan atau I?Cepat buat keputusan sekarang!"

-Kalau tak suka dengan jenis pakwe yang ada hobi tegar,elakkan terima cinta daripada golongan ini.Kalau nak juga cinta itu,fahamilah minat mereka.Lelaki nak awek dia faham dia .Betul tak?

Setakat ini jelah yang saya terfikir.Kalau ada penambahan dialu-alukan tambah kat ruangan komen.
Terima kasih...

p/s:Dah terbau-bau aroma airport!!







16 comments:

~~Ticer Wann~~ said...

hik3 aku suka entri ko ni noi... :)

norinaomar said...

wann:hahaha..aku susah nak dapat idea sekarang.Asyik pikir nak balik je agaknya

Zulfikar Hazri said...

best best.. :) awek impian lelaki jenis yg paham mcm ni la...

eh apsal takde button like? senang sikit nak picit...

norinaomar said...

ikar:tak reti aku nak bubuh..yang tuko layout aku ni pun kawan aku yang tolong,hahahaha

berdasarkan pengalaman dan perkongsian member lelaki..

Alip Apai said...

betul! aku ada kawan yg amalkan benda ni. sblm ni ak tgk diorg sgt x sesuai tp skrg dh jd sweet je.

sokong!!

norinaomar said...

alip:sebenornya pakwe kalau explain betul-betul kat awek dia,Insya Allah awek dia boleh faham dan takkan dok sms je dengan dia.
maybe kawan ko buat macam tu kot,ko kena belajar dari dia tu!

Elyana Ahmad ツ said...

kete kancil brokbrok.kihkih.lucu lah kak noi nei.

norinaomar said...

dik non:bobrok tu bahasa jawa..maknanya buruk

yuyuy ekyn said...

buayafren sy yg majok klu sy x msg dy.kehkeh

norinaomar said...

budak remaja memang suka n kaut main sms betul tak cik y.ekin?

Cik Am said...
This comment has been removed by the author.
Cik Am said...

mmm...betul betul betul...saya sokong 102.56% le..:-)

Q said...

bab mancing tu tak leh blah..saya dah warning chun dah, nak mancing bawak saya sekali!kahkahkah kalau nk p semalam dua p nek bot,takper, p lah dia...hihihi

norinaomar said...

cik am:pesan elok-elok kat cik gelifren kamu ye


Q:haah,jangan kamu yang mancing lebih dari dia plak.

aizamia3 said...

kalau dapat macam tu.. cuba nasihatkan agar berubah.. terangkan kenapa dia perlu buat perubahan.. kalau dia tak boleh terima cadangan kita tu.. blah angkat kaki carik lain je..

kalau ai sendiri pun rimas girl macam tu..

Liza Razak said...

haa...nice entry !! saya dulu pon ade perangai suka merajuk.nasib baik dah ok..hehe

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger