Pages

Tuesday, August 2, 2011

Situasi yang menjengkelkan semasa bulan Ramadhan..

Bulan puasa ni kenalah kurangkan entri yang berunsur kurang sihat ye tak.Tapi sepatutnya bulan lain pun kenalah buat perkara yang sama,bukan bulan puasa je.
Saya memerhatikan beberapa situasi yang menjengkelkan semasa bulan Ramadhan ni.Mungkin ada yang berlaku di tempat anda dan mungkin juga hanya berlaku di sesetengah tempat saja.Mana yang baik kita ikut,mana yang tak elok kita jauhilah ye.

1)Sanggup bayar RM60++ untuk buffet Ramadhan padahal secara realitinya seorang manusia takkan mampu untuk makan sebanyak-banyaknya dalam tempoh 3 hingga 4 jam.Seperti dalam entri buffet ramadhan dan pembaziran.

2)Baca status kat FB ni..menjengkelkan bukan?


selekeh betul perangai orang-orang yang tak puasa ni.Terseksa sangatke kalau puasa tu?

3)Buat kenduri dengan niat untuk bersedekah.Tapi tuan rumah dan tukang masak tak berpuasa (alasannya nak rasa lauk yang dimasak takut tawar pulak).Yang datang pulak kebanyakannya tak puasa juga.Sedekah untuk orang puasa ke sedekah untuk orang tak puasa?

4)Tak berpuasa pada hari pertama bulan Ramadhan.Sebab nak cabut gigi katanya.Masalahnya ada 11 bulan yang lain kenapa mesti 1 Ramadhan jugak kamu nak cabut gigi.Sooo annoying!


pic taken from google

p/s:Moga Allah melindungi kita dan keluarga kita daripada perbuatan yang tidak baik dan bersangka baik je lah kannn,AMIN..

11 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

ibu mengandung ini tetap puasa even 1st & 2nd tghari je perut mesti rasa pedih walau tak lapar. Tp Alhamdulillah blh bertahan

norinaomar said...

cayalah untuk cik lekit..baby kuat tu!tak ngada2 sebab dia faham ibu nak puasa kan baby kan?

Zulfikar Hazri said...

anoyying betul la yg buat kenduri tapi tak puasa tu.. ada eh org mcm tu?

annoying jugak org jenis tanya sampai 6, 7 kali sehari... "ko puasa tak hari ni?"

kamonlah.. org islam. dah baligh, mestilah wajib puasa kan...

norinaomar said...

Ikar: Ehhhhh adaa!

Kann annoying kan bila asyik tanya soalan tu.Saya masuk kelas pun takde nak tanya,buat tak reti sudah.

Jue AbdRahman said...

betul3.. bulan ramadhan je, muncul la alasan2 tak logic yg tak penah kluar pd bulan2 lain.. cabut gigi, gastrik, tak bangun sahur.. adeh.. bukannya puasa direct seminggu.. huhu

rara pinkmafia said...

mmg lah kan.ada je.tambah2 ag lelaki,kalau pompuan tu kite dh tau sbb apa kan.

norinaomar said...

jue:ada juga yang gastrik teruk tapi sebenarnya kalau betul-betul nak puasa,tak teruk mana pun jadinya..

rara:=)

InaAchik said...

lagi nyampah, gi PARAM parking suka suki hati jerk. kat traffic light pon bleh parking kete. puasa tp menyusahkan org! bunguks~


ina gastrik teruk tapi bila bln puasa, kekuatan tu lain mcm sket. so, x fhm ngan manusia2 yg sengaja 'cari sakit' di bln puasa...

norinaomar said...

Ina:betul sangat..buat sakit hati je..annoiiiying!

Q said...

and buka puasa kat masjid tapi lepas makan terus hilang..sedeh..huhu

norinaomar said...

better than tak g terawih tapi datang masjid untuk tadarus je..apakah?

bersangka baik je la dengan fikir diorang lebih selesa solat terawih kat rumah....

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger