Pages

Friday, August 12, 2011

Rupanya tak mudah nak solat sunat Istisqa'

Sudah dekat sebulan rasanya tak hujan.Tadi saya buka paip air sekolah..Malangnya semua tinggal titisan kecil.Nampaknya terpaksa bergantung harap dengan tong emergency.Tiap-tiap malam masa jalan balik dari masjid saya dan Sarah mendongak ke langit,tengok kalau-kalau ada tanda nak hujan.

Saya pernah dengar tentang Solat Sunat Istisqa' atau solat sunat mohon hujan.Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.

Rupanya bukan semudah yang disangka untuk buat solat sunat Istisqa' ni. Saya yang kurang arif tentang solat ini menyangkakan ia boleh dijalankan seperti solat sunat yang lain.Rupanya tidak sama sekali.


Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :

Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

1. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.(Kalau ada kambing,ditambat bersama kawasan itu). Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh supaya memperbanyakkan membaca istighfar.

2. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

3. Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

4. Sunnah memperbanyak membaca do’a minta hujan di dalam khutbah yang kedua, yang diucapkan oleh khatib (pengkhutbah) terkadang dengan jahir (suara keras) dan terkadang dengan sir (suara perlahan) menzahirkan harapan dari alunan suara. Adapun jika do’a itu diucapkan dengan jahir maka ma’mum mengucapkan “amin” dengan jahir pula, dan jika diucapkan dengan sir maka ma’mum berdo’a sendiri dengan sir.

i)Sunnah pada akhir khutbah yang kedua ;
1) khatib menghadap qiblat (membelakangi makmum)
2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya (sorbannya) dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan menjadi kekiri.
3) kemudian berpaling lagi oleh khotib membelakangi kiblat pada akhir khutbah yang kedua itu.
NIATNYA
أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

Maka nyatalah tidak semudah yang kita fikirkan.
Yang tidak bersolat kena bertaubat dahulu dan mesti bersolat.
Yang tidak berpuasa mesti bertaubat dan berpuasa dahulu.
Tidak boleh tertinggal seorang pun untuk turut sama dalam solat tersebut,yang uzur pun mesti dibawa bersama.

Jika tampalan saya ni ada kekurangan dan salah silap,saya mohon diperbetulkan.Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

p/s:Tak tertanggung rasanya Ya Allah untuk aku menerima dugaanmu kali ini.Kuatkan kesabaran hambaMU Ya Allah.

6 comments:

yuyuy ekyn said...

cekgu ngaja ktne?

norinaomar said...

kat Kampung Penibong,Daro,Sarawak.Kampung ni kat Pulau namanya Pulau Bruit.memang takde bekalan air paip.semuanya bergantung air hujan.

Elyana Ahmad ツ said...

MasyaAllah kesian nya kak noi.


sy doakan semoga hujan akan turun lepas nei.Amin.

Kuatkan semangat kak noi. ;)

norinaomar said...

tak terdaya rasanya ni dik non,tapi kena redha lah sebab mungkin ini kifarah dosa-dosa kita yang lepas..Wallahu a'lam

Zulfikar Hazri said...

teruk betul kemarau kat sana...

dapat bygkan susah korang cmm mane...



p/s eh nak tanya sikit.. kat sana ada line intenet lak eh?

norinaomar said...

pasang antenna..jap aku cari link entri pasal antenna ni

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger