Pages

Tuesday, August 9, 2011

Pengertian mekap bagi kanak-kanak

Make - up atau bersolek tidak dinafikan dapat mentransformasikan seseorang kepada rupa paras yang lebih ayu,mulus dan flawless.Tapi tidak dapat dinafikan juga,jika dijanakan secara berlebihan maka yang terhasil ialah hantu komkom di siang hari ataupun badut sarkis kapla dongga.

Tidak dinafikan ramai jejaka jejaki di luar sana yang sukakan kecantikan dan sangat suka gelifren atau isteri mereka nampak anggun dengan sedikit mekap.

ohh Nasha Aziz yang sentiasa cantik di mataku

Dalam entri ini,saya bukan nak cerita bagaimana nak bermekap dengan cara yang betul mahupun menjual set make-up.Tapi nak cerita sikit pengertian mekap bagi kanak-kanak.Maklumlah,kita pernah jadi budak-budak dan sekarang hidup saya dikelilingi budak-budak juga.


Situasi 1

Buat ayat
Kefahaman yang tinggi oleh seorang kanak-kanak menyebabkan anak muridku iaitu Udin telah berani membuat ayat dalam buku tatabahasa begini:
Sila buat ayat daripada perkataan berikut:
1)Tebal
  'Ibu saya suka bermekap tebal.'
Nah,bukankah kanak-kanak dapat membezakan bahawa mekap itu ada yang tebal dan ada yang sederhana.

Situasi 2
Bibir nganga
Cuba perhatikan kalau kita calitkan lipstik kat bibir budak.Mesti dia akan ngangakan bibir dia (tak buka besar,kecil pun jadi)..sayang gincu katanya.Takut kalau tutup mulut tu nanti kaler lipstik dia akan pudar.Korang masa kecik-kecik dulu pun macam ni kan.Jangan tipu,haaa!

Situasi 3
Nasyid

Pengalaman diri sendiri pun iye juga ni.Tak sangka pulak ada budak sekarang yang buat macam ni juga.Macam ni keadaannya.

Kan kalau pertandingan nasyid,pesertanya mestilah pakai cantik-cantik kan?Cikgu mesti tepek bedak,eyeshadow dan lipstik secalit dua.
Dulu,masa saya sekolah rendah,pertandingan tu waktu pagi.Petang nak kena pegi sekolah agama.Sanggup tak tanggalkan mekap sebab nak tunjuk bukti yang pagi tadi masuk pertandingan nasyid.Sedikit riak di situ.Bukan setakat tak tanggalkan mekap,siap kasi touch up,calit lagi eyeshadow bagi tebal.

Esoknya,ada member cerita, "ko tahu tak Noi, Yana semalam pergi sekolah agama dia tak basuh mekap dia.Siap tambah lagi eye shadow.Selekeh aje."(Kawan saya Yana sekolah agama kat tempat lain).Saya terdiam ajelah sebab kita pun buat perangai yang serupa kan."Nasib baik takde orang cerita pasal aku", saya berbisik dalam hati serta ke'memalu'an yang teramat besarrr.

tak sangka pulak budak-budak ni pun sayang nak tanggal mekap macam cikgunya.Isyk,menurun perangai sapa la ni.

12 comments:

yuyuy ekyn said...

hahha.ceku berjaye wt sy gelak terbahak-2.i LIKE. :D

Zulfikar Hazri said...

ahahaha, entry jujur dan best,

pakai lipstick macm rasa ada minyak mee kari kat bibir.. tak sukenyeeee hahaha

ehh aku nyah ke nak pakai mekap?

xkuasa mak nokkk

norinaomar said...

Y.Ekin:gelak kau ye,amboiii


ikar:sebenornya aku malu nak buat entri jujur macam ni,tapi takpe sebab aku kental jadinya rasa okay aje.

ko pakai lipstik ke nok..jangan nok..tebal lipstik dari misai nanti awww!

~~Ticer Wann~~ said...

pehh yang nganga mulut tu macam aku ja... ngeh3

norinaomar said...

ko buat macam tu eh wan..jujur nye u.sekarang buat lagi tak?

missSenget said...

yg nganga mulut tu, penah gak buat...

eee..

malunya igt2 semula..

hahahaha...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

budak2 kalau calit lipstik muncung je bibir tu.. bkn marah tapi ntah la.. maybe dorang rasa kalau x muncung camtu org x nampak kot lipstik dia.. kekekekee

norinaomar said...

miss senget:hehehe tak aluuuu!!

cik lekit:tu yang taktahan,adik saya lagi siap meleleh lagi air liur dia..sayang gincu punya pasal.

rara pinkmafia said...

heheheh mmg lah,masa budak2 dulu kalo tgk mak pakai lipstik mst ikut nganga gak.

norinaomar said...

rara:lepas tu diam-diam celet kat bibir,alih2 bila mak tengok dah selebet jek kat mulut tu!

Elih Japahar said...

Ops! adik pompuan sy ada sikit kena haha!..ternganga tu yg tak bo tahan :P

norinaomar said...

elih japahar:otomatik jadi gitu kott

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger