Pages

Saturday, August 13, 2011

Line Internet di Penibong

Selamat hujung minggu kawan-kawan..

Seperti biasa lepas subuh je pasti tak dapat tidur semula sebab pagi-pagi lagi otak saya mula aktif berfikir.Fikir macam-macam.
Tengah asyik buka blog dan membaca komen,satu soalan telah diajukan oleh Encik Zulfikar  dan soalannya berbunyi begini:


bila cari-cari rupanya tak ada entri khusus pasal line internet dan telefon.Yang ada pun pasal sekolah saya kat sini.

Ok,biar saya jelaskan yang di kampung ini,tidak ada talian tetap (TELEKOM),dan tidak ada coverage untuk telefon bimbit merata-rata.Bak kata adikku Ujang,"Tak ada cawangan."Maksudnya kalau nak pegi kedai jalan-jalan sambil ber'sms' atau berbual dengan kekasih hati semasa dalam perjalanan ke kedai adalah satu perkara yang mustahil.Oleh kerana tidak ada talian tetap yakni TELEKOM,maka tak ada streamyx,unifi,wifi,dan sekutu-kutunya lah.

"Habis tu,ko boleh pulak update blog ko ni?Ada internet macamana pulak?"

Begini kronologinya.

1.Schoolnet

Masa awal posting dulu,kami guna internet sekolah.Terpaksa berebut dan ikut giliran.Tapi kena pergi ke bilik sumber dan bawak laptop sendiri,cucuk wayar dan tadaa..bolehla nak guna internet.
Schoolnet ni kemudahan oleh kerajaan untuk sekolah-sekolah terutamanya kawasan kampung dan pedalaman.Tapi line dia ni tak tentu,kadang-kadang ok kadang tak.



source: http://www.binagroup.com.my

2.Dinding

Untuk telefon pulak,masa mula-mula posting ke sini rasa menggugat kesabaran jugaklah sebab kena tampal handphone tu kat pintu dapur sebab situ sajalah 'hot spot' nya.Tapi cuma sekejap saja dan selepas itu hingga sekarang dah pakai antenna.
Baca sini untuk lebih lanjut . kenapa-saya-malas-nak-sms


3.Antenna

Keseronokan menggunakan schoolnet secara free nampaknya tak kekal lama.Sebab ada masalah dekat setengah tahun jugaklah.Jadi saya buat keputusan beli broadband Celcom sebab orang kata boleh pasang kat antenna telefon saya ni.Ok,mari lihat gambar.

Ok,ini antenna yang saya cakap tu.Kena pasang kat kayu yang kuat dan tinggi untuk liputan yang lebih luas.Sebelum ni saya guna buluh tapi 3 kali patah sebab buluh tak kuat lebih lagi waktu angin kuat.


Wayar dari luar tu disalurkan masuk dalam bilik.Hujungnya ada plat yang kita boleh letak handphone dan modem broadband.Tapi takboleh bawa ke sana ke mari lah.Kena dok statik kat situ.So sapa yang telefon masa saya takde di bilik,tak terjawablah nampaknya.Line dia?Full bar!

Tapi faham-fahamlah kalau broadband ni.Kalau awal bulan tu laju sikit dari ulat gonggok..kalau dah hujung bulan tu,siput sedut pun lagi laju.

Sekian,terima kasih.

p/s:Antenna tu harganya RM90...hasil genius orang tempatan rasanya.Tapi sekarang dah tak dapat beli lagi.Dah balik Indon katanya.Taktahulah.


19 comments:

Zulfikar Hazri said...

perghhh, ni ilmu baru ni...

siap pakai antena...

maju betul org indon yang buat tu..

mana dia dapat reka plat antena tu kan?

peh peh peh...

yu said...

noi sapa yang mewarisi antena aku tu ye?hehehe

yusri said...

siapa yang mewarisi antena aku tu noi?hehe

norinaomar said...

ikar:tu lah,kat town takde jual pun.
peh peh pehhh kan kannnn...


yus:fahmi rasanya.tak siasat pulak aku.sebab dia duduk bilik ko sekarang.

eeeda said...

Menguji kesabarannya...

Elih Japahar said...

Antena?..haha! kalau lah ada boleh pakai sekarang ni...celcom broadband mcm kura-kura je ni..ermm..

norinaomar said...

eeeda:bab line internet n telefon ni tak menguji kesabaran sangat.yang teruji ialah sekarang ni kemarau.air takde

elih japahar(asal susah no nak eja nama kamu ni):saya plan nak bawak balik antena ni,nak pasang kat kampung.bg brokben tu berdesup cargas!!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah kreatif jugak. apapun dugaan juga.k tggl tempat2 camtu..

yuyuy ekyn said...

peh.dugaan yg besar.bersabar ea cekgu. :)

Cik Am said...

wow..cm macgyver le..hehe..

norinaomar said...

cik lekit: kreatif kan?alah bisa tegal biasa walaupun kadang-kadang rasa mental down

Y.Ekin:takpe dik,kena redha jelah barulah hati rasa senang

cik Am:tulah,kat sini baru jumpa teknologi ni

Alip Apai said...

dpt ilmu baru pkai antena..

lepas ni kalo tetiba de masalah line trus buat la..

haha:)

norinaomar said...

alip apai:tapi tak sure sama ke antenna ni dengan antena tv tu

Tinta Emas said...

Solute kat cikgu sbb wlpn hujung dunia tapi tetap celik ict...

Blog punya pasal sanggup buat apa sahaja....

Pengetahuan baru juga saya dapat dengan pengalaman cikgu ini...

Miss Tira said...

Hasil genius orang tempatan tapi balik indon.. Erk? Hahaha.

Mencabar juga ye duduk disana. :)

Citarasa Rinduan said...

salam ramadhan utk cikgu noi

fuh!!!
mmg genius yang cipta antena tu..
terbaiklah..

mcmanapun kerana internet kita dapat bersua dan berkenalan..

norinaomar said...

Tinta Emas:kalau tak duduk sini,saya pun taktahu ada skill macam ni

Tira:harapnya sampai tahun ni aje

kak ayu:kalau dapat pindah hujung tahun ni,saya gerenti jejak kaki kat kedai makan akak

missSenget said...

peh..peh...peh...


hebat jugak..!

kt mana ni sbnrnye??

norinaomar said...

miss senget:Kampung ni namanya Kampung Penibong,Daro.kat Sarawak

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger