Pages

Wednesday, August 17, 2011

Keranamu Zamani

Era kemunculan kumpulan Slam suatu ketika dulu memberikan impak yang besar kepada industri muzik kita.Jika Zulfikar Hazri mengupas tentang rasa fanatik beliau terhadap kumpulan Exist dalam entrinya bertajuk Fenomena Artis, saya nak cerita sikit pasal Zamani Slam.

 Rasanya bukan saya saja yang minat habis kat Zamani ni.Kalaulah Zamani terbaca belog saya ni,sah-sah dia emel saya nak bagi duit raya!!=P



 Ini kumpulan Slam.Shah takde dalam gambar ni.Shah is very talented in music.Tak hairanlah dia jadi macam ketua untuk band (taktahu apa istilah) kat Raja Lawak.


Masa awal kemunculan kumpulan ni,saya memang tangkap lentok dengan Slam terutamanya kat Zamani.Aduh..cair woo.Agak pulak masa tu saya orang pertama dalam geng saya yang berjaya hafal lagu 'Nurkasih'.Gigih menghafal bior dapat menyanyi dengan kuat dan lancar tatkala lagu tersebut berkumandang di radio.Kalau ikut nyanyi tapi tak tak lancar dan berterabur susun kata seperti 'loser' di situ.

Oleh kerana saya orang yang pertama berjaya hafal lagu 'Nurkasih' ketika itu,maka Asmah Khamis pun beria-ia memujuk saya menuliskan senikata lagu tersebut.Suruh tulis dalam buku pemahaman BM pulak tu(mukasurat yang tengah-tengah bior senang nak koyak)."Orang lain sibuk buat latihan BM,adeke minah ni sibuk suruh aku tulis lirik."saya hanya berbisik dalam hati.

Tiba-tiba timbul sekelumit rasa cemburu.
Kalau dia minat Zamani,maknanya dia dah rampas Zamani dari aku.Mana boleh.

Kalau dia dah hafal lagu tu,nanti semua orang tak kagum lagi lah dengan aku,tak bolehla nak berlagak lepas ni.

Ahh..tak boleh jadi ni.


Aku harus buat sesuaktu.

Maka,saya pun tuliskan senikata lagu tersebut dan lirik yang salah.Banyak betul salahnya. Sengaja saya buat macam tu supaya Asmah Khamis tidak berjaya menyanyi lagu tu dengan jayanya.Supaya dia tak berjaya merampas Zamani dari saya.Hahaha!!

Esoknya....
"Noi, lirik yang ko tulis ni banyak salahlah.Aku dengar kat Radio Muzik malam tadi.Banyak salah.Tapi aku dah betulkan."Asmah Khamis berlalu sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu Nurkasih.Meninggalkan saya yang sedang dalam mood 'geram'.

 
Kucing saya dalam gambar ni takde kena-mengena dengan Zamani Slam.Saya taktahu apa masalah kucing bulu hitam ni sebab setiap kali dia tidur sebelah Koko,dia mengigau dan hisap nenen Koko.Bukan sekali tapi dah banyak kali.FYI,Koko tu kucing yang ada 'bobol'.(-_-)'


p/s:Hujan dah turun 3 hari berturut-turut.Syukur Alhamdulillah kerana Allah memakbulkan doa kami.




19 comments:

Zulfikar Hazri said...

hahahahaha...sanggup sabotaj lirik kawan....hahahahaha

kucing tu ada masalah kurang kasih sayang.. mak dia cepat sangat putus susu kot.. ke dia gay?

errmmmm alhamdulillah. doa ramai2 mintak hujan Allah makbulkan....

norinaomar said...

ikar:rasanya sebab masa aku ambik dia,dia masih menyusu mak dia,tu yang jadik gitu.

kerana Zamani aku sanggup!

norinaomar said...
This comment has been removed by the author.
THE LEKAT LEKIT STORY said...

zaman kegemilangan slam ni akak sy suka sgt kumpulan ni. siap buat buku lirik lagu lagi...

norinaomar said...

cik lekit:rasanya buku lirik lagu tu macam setiap orang wajib ada jek,hahaha

Elih Japahar said...

Tak minat sgt tapi gambar kucing tu saya suka...haha! manjanya kucing tu kan..ada air tak nenen tu? dah besar masih nak gak

norinaomar said...

elih japahar:yang bagi nenen tu kucing yang ada 'bobol' yakni kucing jantan..sampai bila-bila pun takde air susu...

yuyuy ekyn said...

sian asmah khamis tu.agak2 kalau die bce blog ni sentap x?hahha

alhamdulillah cekgu. :)

norinaomar said...

Y.Ekin:taktahulah mana dia sekarang..

hujan atas berkat doa kawan-kawan semua.Terima kasih...

missSenget said...

dulu masa kecik2 rs zamani ni ensem giler2...!

tp skrg da x rasa mcm tu..kenapa eh?

LyDiA said...

omg gambar terakhir sgt kontroversi. I like =)

Mase sekolah dulu pon ada sorang kawan nini sangat2 suka kat zamani ni. kalau ada goss ngan artist perempuan mesti dia sangat marah hehe ^^ kelaka la kalu ingat time sekolah

norinaomar said...

miss senget:kan kan kaannnnnnn!!!
siap ada sorang member tu nama ajis,semua orang kata dia macam zamani,sekarang tengok sipi pun takdak persamaan hehe


nini:hahahah sama lah pulak!!!nak gelak tak tahan!

haikalblank said...

hekhekhek. zamani! wooH! zaman semua di atas ni lah kan..zaman aku lagu hujung 90an dah lain dah ye dak. hehe tapi lagu slam tetap dengar. zaman skola rock kapak cintan cintun tetap jadi pujaan hati. hakhak

norinaomar said...

haikal:suka kau eh..

masa tu setiap kalpel mesti ada lagu tema perchentaan..kalau dah clash pun siap ada lagu tema..choii!!

InaAchik said...

chekgu... bobol tu aper? ;)

norinaomar said...

bobol tu bahasa sopan sikit untuk 'telor'.=)

~~Ticer Wann~~ said...

minat ukays.. tetiba

norinaomar said...

wa:ko jangan taktahu,bapak aku siap beli 3 kaset ukays tau

aizamia3 said...

hahaha.. kesian kat member tu.. tapi nasib baik akhirnya dia berjaya dengan lirik yang betul.. tapi serius lirik lagu dari Album SLAM yang ada nurkasih tu memang gila best lah..

pasal kucing tu.. dia nak manja2 tu.. nasib baik tak kena tendang.. hehehe..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger