Pages

Monday, August 1, 2011

Kemarau lagi..

Seingat saya dah hampir 3 minggu kampung ini dan sekitarnya tidak hujan.Jika tidak hujan,maka air tong semakin menyusut.Jika air tong semakin menyusut,maka perlulah berjimat-cermat.Jika tidak berjimat,maka tiadalah air.Perkampungan ini tidak seperti perkampungan di tempat lain.Di tempat lain,paling teruk pun bekalan air akan dicatu.Tapi kami di sini,pandai-pandailah nak hidup.


Pernah mandi dengan air mineral?Ya,saya pernah.

Pernah masak nasi dengan air mineral?Ya,saya pernah.

Pernah mandi dengan air masin?Ya,saya pernah.

Tahun 2009 ialah kemarau yang paling teruk.Dan tahun ini seperti akan berulang sejarah kemarau itu.

tak sanggup mengepam begini lagi..tidak!!

Nampaknya,kena mulakan strategi kemarau ni.Di antaranya ialah :

1)Recycle baju kurung-2,3 kali pakai baru cuci
2)Basuh baju dahulu,baru qada hajat besar-air basuh baju boleh guna untuk flush lobang jamban
3)Tinggalkan lauk dalam periuk atau kuali.Nak makan lagi tinggal panaskan aje.
4)Mandi 3 minit.

Ya Allah,turunkanlah rezeki hujan kepada kami.AMIN.

p/s:Orang kata,pandai-pandailah nak hidup.Saya akan buktikan yang I will survived!

8 comments:

Zulfikar Hazri said...

jarang gila dengar org malaysia mengharungi kemarau kan...


mesti cikgu busuk ni masa musim kemarau... eeee ucuk!!

norinaomar said...

seminggu tak hujan pun dah resah gelisah tau,ikar.

ucuk ucuk pon tetap maintain jelita..apa susah,perfume kan hado

*Miss Syahnia* said...

alahai ksian dia..
kalo ain biar takde elktrik jgn takde air..susah kan nk buat keje sharian..


p/s: dear, hdiah kamu dah smpai..maaf ain lama tak buka blog..terima kasih byk2 yea..cumel sgt hdiah kamu..i lke ;)

Elyana Ahmad ツ said...

sy ms banjir aritue kat perlis jelah sekali.susah betul kalau takde air kan kak.lagi seksa kalau sakit perut.hehe.

amin,semoga hujan akan turun. ;)

norinaomar said...

ain:ainnn!!! tak tido lena gara-gara kamu senyap sunyi tanpa berita.

alhamdulillah dah sampai..suka sebab kamu pun suka!

dik non:betul tu dik non.tiap hari pujuk perut jangan buat perangai

rara pinkmafia said...

Ya Allah yeke.seksanya kan bile takde air?mst suffer je,masak pakai air mineral lah eh.nk wat cane kan.

Q said...

NOi mesti survived punya kalau dah geng Cun..hahah Noi, ni nak buat entri pendek kat sini..hihi

tadi kawan cerita, Syaaban maksudnya berselerak. Kenapa?sebabnya, masa zaman Rasullullah,bulan Syaaban dah panas, kadi umat Islam berselerak komplen panas-panas..dah nak masuk kemarau..and pada bulan Ramadhan, Kemarau pun bermula lah..jadi kalau bulan Ramadhan tu, memang akan panas..sabar jer lah..ni dugaan..baru panas dunia kan?hihi

ada kaitan tak dengan takder air?hahaha

norinaomar said...

rara:sudah beli 2 kotak air mineral =)

Q: thanks untuk tazkirah ringkas itu.Saya tak kisah pasal cuaca yang panas,tapi ketiadaan air ni yang buat kami bimbang,sebab bekalan air bergantung pada air hujan.Air sungai pun masin.Bila tiba waktu toot,huhuu seksanya.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger