Pages

Friday, August 12, 2011

Itu Bapak aku!

Dulu masa darjah satu,saya pun tak faham kenapa saya tak pergi sekolah sendiri naik basikal.Sebaliknya pergi sekolah naik motor dengan Kaklong yang sehala perjalanannya dengan saya,tapi balik dari sekolah naik basikal.Datang dari mana basikal tu?

Ok,macam ni..

Abah saya kerja kat Muar dan memandu keretanya setiap hari.Setiap hari,dia akan lalu sekolah saya tu sebab itu ialah jalan utama nak ke bandar.Jadi,abah masukkan basikal saya dalam but kereta.Hasilnya macam nilah.


 But kereta mesti dibuka ye takut-takut kemek basikal


Lebih kurang macam ni lah basikal BMX saya tapi kalernya merah.Bezanya lagi takde roda apit kiri kanan tu.

Satu hari,ketika waktu PJK (pendidikan Jasmani) kami PJK di padang.(Kalau dah namanya PJK mestilah kat padang ye tak?)Saya macam nampak kelibat kereta abah seperti berpatah balik dengan but keretanya yang masih ternganga. 
"Eh,abah kenapa patah balik?Tak kerja ke?" saya berbisik dalam hati.

Tiba-tiba saya tersentak dengan pertanyaan kawan saya.
"Eh,Noi.Kenapa dengan kereta tu?Nampak tak" tanya Haslina Halim kepada saya.Adoi,dia tanya pulak dah....

"Kenapa?"saya tanya dia balik.
"Tempat belakangnya terbukak.Ada bawak makanan kot,"kata Haslina Halim lagi.

Dapat bayangkan perasaan saya ketika itu?Semuanya bercampur aduk.Kalau muka ni putih mulus melepak gerenti dah blushing yang teramat sangat masa tu.

Pagi esoknya....

"Bah,pagi ni Noi pergi sekolah naik basikal lah ye.Abah tak payah bawak basikal Noi lagi."

Moral of the story:Jangan jadi anak yang 'mentel'.Kalau taktahu maksud mentel,ia bersamaan dengan ngada-ngada.



5 comments:

yuyuy ekyn said...

sian abah nye.

jgn wt abah cmtu lg.

entry yg klaka dan bjye membuat hambe gelak sorg2 bce. :)

norinaomar said...

kesian pulak bula teringat..tapi takpe my daddy is super cool!

ko mentel tak dik?

yuyuy ekyn said...

x kak.ayh sy polis.ketua jurulatih lg.nk mentel2 kne hempuk jep.hahha

Elih Japahar said...

mentelnyee...hahaha! tarik telinga baru tau haha :D

norinaomar said...

Y.Ekin:pulis?kalau kena saman bolehla jumpa bapak ekin mintak gugurkan saman tu,boleh?heeee


e.J:tidak tidak..tak buat lagi

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger