Pages

Wednesday, August 24, 2011

Blog Bercuti-Ucapan Raya dari Saya!!

Ketupat rendang buluh meriam
Enak dimakan bersama keluarga
Maaf dihulur, bersulam salam
Sempena Syawal yang bakal menjelma
(*sangat tak best pantun ini kerana rima nya tidak senada)

Sempena Syawal yang bakal menjelma ini,saya bagi pihak tuan punya noipunyablog.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua,berhati-hati semasa makan rendang takut-takut tergigit lidah.Dan berhati-hati juga semasa memandu untuk beraya kerana kereta sangatlah banyak tidak terkata.

Blog saya dan Facebook bakal bercuti selama seminggu lebih bagi memberi laluan cik Norinoi untuk menjayakan hari raya terakhir berstatus bujang,Insya Allah.

Doakan saya selamat sampai ke tanah Johor dan dapat melaksanakan urusan dokumen kahwen kahwen dengan lancar.(Risau part ni je sebenarnya,raya takde nak dulik sangat pun).

Sudah tidak sabar rasanya untuk pulang esok malam Insya Allah flight belon kaler merah putih jam 6.15 petang dan akan terus ke restoran arab kat Jalan Ampang untuk makan dengan sepuas-puasnya kerana sudah 8 bulan mengidam nak makan kat restoran Arab.Yeehaa!!

Ok... Salam Aidilfitri,mohon maaf jika ada salah dan silap dan tak lupa juga SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN!!



6 comments:

Elyana Ahmad ツ said...

selamat hari raya kak noi,dan semoga semua urusan dipermudahkan olehNya. ;)

yuyuy ekyn said...

yeay.dpt blek kg.selamat berhari raye dan berbahagie. :D

Anonymous said...

cantiknya....

Zulfikar Hazri said...

seeee laaa mat hari raaayaaa teeeaa cherrr!

selamat uruskan kerja kawen2 tu siap2 ye....

makan nasik arab elok2.. takut tergigit lidah...

Jue AbdRahman said...

wewitt.. nak kawen dh.. semoga sume berjalan lancar oke.. selamat ari raya...

eeeda said...

Akak doakan semoga segala urusan baik dipermudahkan. Selamat Hari Raya.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger