Pages

Monday, August 1, 2011

Aduhai Ikhmal - Part 2

          Hari ini Isnin.Seperti biasa kalau tiba hari Isnin aku akan rasa blues semacam.Takde mood dan tiada kesediaan untuk memulakan apa-apa.Walaupun buku tebal aku sudah diisi dengan rancangan pengajaran hingga hari Jumaat.

         "Janganlah ada budak yang buat aku marah hari ni" bisikku.

       Tahun 1 hari tu suasananya seperti biasa. Aku perhatikan kerusi itu.Tuannya datang.Sama seperti minggu-minggu yang sudah.Seluarnya comot.Ada tahi mata kering ke kelopak matanya. "Eh..Ikhmal datang rupanya," aku beri perli sebungkus.Dia hanya senyum.Budak umur 7 tahun masih tak faham perli agaknya.

Hari itu aku buat ujian pentaksiran individu.Tiba giliran dia.Semua soalan tak dapat dijawab.Mulalah aku mengamuk sakan.Kelas Bahasa Inggeris hari itu dipenuhi dengan aura kemarahan,maka bertepuk tanganlah para syaitan kerana berjaya meniupkan api kemarahan kepada aku.

     Kasihan Ikhmal.Bila dia tak hadir,kena marah.Bila dia datang sekolah pun kena marah.Kena marah sebab masih tak tahu baca,kena marah sebab masih tak tahu sebut huruf jawi.Kena marah sebab masih tak tahu jawapan 5 + 7.Kasihan.Semua cikgu yang masuk tahun 1 hari itu memarahi Ikhmal.Paling teruk aku perhatikan bila dia didenda berdiri atas kerusi di luar kelas sewaktu kelas bahasa Arab.Menangis dia tak henti-henti.Sakit telinga mendengarnya.

     Tak tahu apa jadi hari esok.Aku berjanji tak nak marahkannya lagi.Esok aku nak buatkan nasi goreng untuknya.Boleh dia makan waktu rehat.

agaknya yang mana satu Ikhmal?



-to be continued-

4 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam ramadhan utk noi..

hehehe, akhmal mmg tau....
sajer buat kamu susah hati..
kak teka ya,..
yang cekik kawan dia ya?

norinaomar said...

kak ayu pandaiiii...seploh markah untuk kak ayu!

Zulfikar Hazri said...

dah agak yg tu jugak.. yg cekik kawan dia...

amik jadi adik angkat je la jawabnya.. ke anak angkat? huhuhu

norinaomar said...

ikar:anak angkat?apuuuu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger