Pages

Thursday, July 7, 2011

Tips Menabung #3-Akaun Keluarga a.k.a Akaun OMAMI

Ok tuan-tuan dan puan-puan..kita berjumpa lagi dalam Rancangan Tips Berhemah Jimat Cermat Amalan Mulia.Saya Cik Siti Norinoi akan mempersembahkan kepada anda cara untuk menabung yang ketiga.Saya bukanlah seorang yang berjimat cermat secara ekstrem tapi hanya ingin berfatakungsi kepada tuan tuan dan Puan-puan apa yang kami praktikkan dalam keluarga kami.

Sebelum itu,mari lihat ini gambar..bukak mata luas-luas ya


list wajib dibuat tiap bulan

Ok,merujuk kepada tajuk,biar saya jelaskan apa itu akaun OMAMI.OMAMI ialah nama chomel untuk OMAR + UMI.Senang cerita,akaun keluargalah.

Tahun lepas,kami adik beradik dah berpakat nak buka satu akaun keluarga,dan melantik seorang pengurus untuk menjaga akaun tersebut dan bersyarat.Syaratnya ialah semua orang wajib bank in duit ke akaun tersebut.DISIPLIN IS THE KEY POINT.Oh ya,akaun rasmi untuk simpanan ini sudah awal-awal lagi dibuka.No No No..bukan simpan dalam tong beras ye Tuan Puan...

Jumlahnya??Oh tidak banyak.Kami hanya salurkan RM30 seorang tiap bulan (tapi saya salur lebih sedikit sebab tahun ni nak guna duit tu).Memang jumlahnya tidak banyak dan inilah tujuan utama diwujudkan akaun OMAMI ini..dengan motto

"Tiada beban,bila susah,boleh dapat bantuan''.

Untuk pengetahuan semua,motto ini baru saja saya reka sendiri tanpa restu daripada pengurus akaun iaitu Puan Kaklong.

Just imagine kalau adik-beradik seramai 5 orang,5 x RM30 = RM150.Kalau setahun dah RM1800.Ok sangatlah kan?

Kegunaannya ialah untuk digunakan untuk tujuan bersama contohnya kalau nak buat kenduri,nak beli kuih raya,kalau ada ahli adik-beradik yang terdesak nak pinjam (macam saya haha).

Jadi,mulakanlah dari sekarang dan ianya akan berjalan lancar jika mendapat kerjasama yang baik sesama adik-beradik.Saya tahu ramai di luar sana yang mempunyai ukhuwah adik-beradik yang sangat baik dan kepada yang sebaliknya jangan bersusah-hati.Nanti saya pikirkan cara lain untuk kamu ya!Jangan nanges,nah tisu!

Sekian sahaja tips menabung dari saya Cik Siti Norinoi.Jumpa lagi!

p/s:Oleh kerana minggu depan terpaksa berkursus,maka saya telah menghantar permohonan untuk loan akaun OMAMI dan Alhamdulillah,pengurus luluskan.Weehu!


23 comments:

ARC™ said...

wow ini sangat bagus. Tahniah2. share dekat page GB jap ;P

AB KARIM said...

bagus...........perancangan yang teliti dan terjamin...

norinaomar said...

Papanda:oh thanks banyak-banyak.yang baik kita sharing sharing.

norinaomar said...

ustad Karim:betul tu Ustad.sepakat membawa berkat kekdahnya

Awan said...

boleh dijadikan teladan ni...:D

Citarasa Rinduan said...

bagus2..

setuju dgn kaedah menabung kamu
thanks yer berkongsi..

dik..... kak ayu suka menabung.. dan sentiasa ada list like kamu..
hehhe

hasilnya.. selalu akhir bulan tak kering akaun..
syukur

norinaomar said...

awan:sharing is seksi!

kak ayu:setakat ni samalah macam kak ayu,berkat bagi kat parents jugak agaknya

cikguden said...

waa bagus tips nie. suka2

Nieza Ishak said...

tengkiu teacherrrrrr hihihi

~~Ticer Wann~~ said...

waa bagusnya..aku berura-ura nak wat cam ni tapi sokmo lupa.. tq Noi :)

norinaomar said...

kak nieza : you are welcome (pelik pulak dipanggil teacher oleh orang dewasa)

norinaomar said...

wan:mulakan wan,jangan tak mulakan.tak payah banyak,RM30 pun dah ok..ajak sekali parents ko

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dr situ dah dpt lihat keakraban hubungan adik beradik..

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahhh . baguslah macam tu .. masa emergency ada penyelamat ..

sifu im said...

nk try menabung cam ko gak la

Anak Wak Mail said...

family saya pon ada kumpul duit camni jugak..memang bagus sebab kalau nak pergi jalan2 bersama family boleh pakai duit ni..=)

norinaomar said...

tia:memang betul tu,yang penting bayar balik =)

sifu im : trylah,bincang dengan adik-beradik

anak wak mail : oo yeke..ramai jugak yang dah buat cara ni..bagus sangat

Zulfikar Hazri said...

noi : wahh dah macam main kutu je plak kan.. tapi best la idea ni. jap nak share.. :)

norinaomar said...

cik lekit:akrab yang kadang-kadang bercakaran jugak tau

ikar:thanks banyak-banyak sebab share tau!sangat terharu sampai nak nanges..huhuu

InaAchik said...

giler bagus cara ni kan?! tabik spring toing2 kat cikgu kesayangan saya... :)

norinaomar said...

Ina:tabik toing2 balik kat kamu jugak Ina busyuk masyam!!

iPai said...

terjah daripada blog ticer wan ..

wah .. serius menarik .. atleast semua orang komitmen dalam meletakkan duit tuh .. nice2 .. nak buat juga !!!

serius tak terpk pon ..

norinaomar said...

Ipai:betul..tapi semua orang kena bagi komitmenlah.Takboleh nak ngelat

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger