Pages

Sunday, July 3, 2011

Shah Alam bukan KL okay..

"Anak ko duduk kat mana sekarang,Joyah?" tanya Puan Latipah kepada sahabat baiknya Faujoyah.

"ohh..anak aku kerja gomen sekarang.Dok kat KL," jawab Puan Faujoyah.

"Oh yeke.KL tu beso.Katmana?" nampaknya Puan Latipah sudah maju sikit dalam urusan mengatur ayat untuk bertanya.

"Kat Shah Alam."

Erkk..
.....

Nampak tak di situ.
Makcik Faujoyah oii,Shah Alam bukan di KL ye.Hulu Selangor pun bukan KL.
Apatah lagi Batu Caves juga bukan di KL.

Tak payah kata makcik-makciklah,budak-budak kecik,remaja-remaja malahan kita-kita aje ni pun kadang-kadang main cakap aje,''oo esok aku nak pergi rumah abang aku kat KL."
Bila ditanya kat mana KL,kat Klang.
Hahaha,sabar = (

Apakan yang menyebabkan kita mengatakan sedemikian?Adakah kerana tiket bas Muar-KL.Adakah kerana tiket flight Sibu-KL (SBW-KUL).Saya pun tak pasti.Entahlah.

tugu negara dan zoo negara ialah satu-satunya tempat di KL yang saya tak pernah pergi.Jap,nak check buku geografi,Zoo Negara kat KL ke?

So,hentikanlah dengan mengatakan KL secara terlalu umum.Kalau orang tanya,jawab terus nama tempat tu,sekurang-kurangnya kalau nama tempat tu tak pernah dengar contohnya Kalumpang (contoh saja),adalah peluang makcik yang bertanya tu untuk menambah ilmu pengetahuan amnya dengan menaip di Google.

p/s:Saya orang Parit Yusof,Semerah.Tengah-tengah Muar dan Batu Pahat.Saya bukan orang KL.

20 comments:

FasiHaH SupiaN said...

sangat bersetuju...kadang suka sgt sebut KL, rasa gah agaknyaaa

norinaomar said...

betul tu FS..ubah-ubahle kaannn!!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Kl selangor ni mcm kembar tak seiras.. kekeke

norinaomar said...

cik lekit...ada eh kembar tak seiras,haha

Zulfikar Hazri said...

" awak nak gi mana hujung minggu ni jah?"

" nak gi KL"

" Owhhh Kolumpoooo"

" bukan Kolumpoo la eton, KL"

hehehehe, best entry2 cikgu skrg nih :)

cikguden said...

SBW-JHB pun ok. heheh

norinaomar said...

cikgu den: SBW-JHB tu dah rase macam memanggil-manggil suruh balik kampung aje

yusri said...

macam aku dulu2 kat UUM..kalau aku sebut aku org selangor orang kata aku org Kl

norinaomar said...

nasib baik ko kata ko orang selangor YUs,,haha

Min Min said...

HAHAHA...
Kak Noi, betol3! org yang dok Shah Alam ni kalau org tanya duk mana, jwb Shah Alam la...Tp disahut "oooo, duduk KL"..
macam mana tu...
Dann paling letih kalau org tanya kampung kat mana?
Sebut Pt Yusof tak tau jdnya sebut jelah border Muar-Batu Pahat...

norinaomar said...

min:kasik tunjuk peta sketttt

ARC™ said...

zoo negara kt selangor la...taman melawati hehehhehe

norinaomar said...

Papanda:nampak betul saya ni failed geografi.haha(malu siut)

~~Ticer Wann~~ said...

erk. saya study kat Gombak dulu... adakah Gombak selangor/ gombak KL.. haha masa nak tulis alamat aku siap rujuk admin lagi.. ropanya dua2 bleh pakai... seriusla kadang2 kompius oo.. erk tapi kalau Shah Alam tu kata kat KL aku rasa..erk...? ishhh jahatnya aku.. :D

wahh template baru...

Citarasa Rinduan said...

saya orang tenggaroh, duk f sunbgai sayong kulai..
sayang johor..
hahaha..
gitu...

PS; fenomena sekarang..kl dah jadi trend kan?
agak2 hebat ker dok kl?

yusri said...

kalau singgah zoo negara..rumah aku beli tu dekat2 situ je...

norinaomar said...

wan:oo gombak pun under KL eh..
tulah pasal,dok kat Klang tapi kata dok kat KL aparaa

KakAyu:Hidup Johor!!

Yus:Yeke Yus..ko guna akaun 2 KWSP eh?

iedchan said...

haha..entry ni sgt kalkar...dulu pun sy igt sume selangor kl okay..zaman kanak ribena...:P

InaAchik said...

hahahhaaa... lawak lagi!
kenapa saya rasa kammo makin kelakar lately! :p

kalo dtg zoo negara jgn lupa roger saya... saya berdekatan zoo sajer! ;)

norinaomar said...

heheh yeke,terpengaruh dengan alam sekeliling kot.

laa yeke dekat dengan zoo negara,next time boleh kita gedik-gedik dengan haiwan tersebut kan kan?

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger