Pages

Tuesday, July 26, 2011

Mimpi ngeri baju pengantin

Orang kata tak baik cerita kat orang lain pasal mimpi kita.Tapi tak kira nak cerita jugak.
Biasalah dah dekat-dekat tarikh ni ( padahal lambat lagi),asyik berangan dan terbayang-bayang macam-macam pasal majlis dan hidup lepas majlis.Sampai terbawak-bawak dalam mimpi.

Alkisahnya saya mengalami 2 mimpi scary pasal baju bersanding saya.Oh ye,Insya Allah seperti yang dirancang, saya akan pakai busana tradisional.SONGKET.Kelabus asap.

source: Google

Mimpi 1-Baju dah siap tapi bila pakai masa hari majlis,senget-senget.Sebelah panjang,sebelah singkat.Lepastu baju saya tak sama warna dengan baju lelaki.Oh no!!Bangun tidur cepat-cepat beristighfar.SEREM!

Mimpi 2-Ni mimpi malam tadi.Baju tu dah dipakai oleh ada orang kat kampung saya.Warnanya lain.Boleh pulak lapisan luar kain net warna ungu,lapis belah dalam kain biasa kotak-kotak warna hijau kuning.Baju tu tak dibasuh lagi lepastu saya pulak yang kena pakai.Bila nak di alter ikut saiz saya,dipotong kain tu,rupanya ada banyak lagi lapis-lapis.Aduhhh...Mak andam tu siap cakap "ok lah ni,nanti dah pakai akan OK".Saya pulak senyap sunyi tak kata apa-apa.

Hmm..akibat terlalu berfikir agaknya.Mana ada saya fikir sangat pasal majlis,saya fikir benda lain adalah.

p/s:Malam ni taknak tidur,nanti mimpi pelik-pelik lagi.

4 comments:

Q said...

Q pernah mimpi cenggini jugak!baju tak siap..tudung takder..veil takder..huhu bangun tu berpeluh2!haha

THE LEKAT LEKIT STORY said...

mimpi jer.. insyaallah xde apa2.. erkk bila nk kawen ni??

Zulfikar Hazri said...

terbawak2 pikiran dalam tdo tu,... sebab neves sangat...

norinaomar said...

cik lekit: Insya Allah 20 november ni

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger