Pages

Sunday, July 24, 2011

Kumur-kumur dan surat ugutan

Tahu drinking fountain?
Macam ni..

Orang Jawa panggil water cooler.

Kisah ni berlaku masa zaman kitorang kononnya jadi senior yang otai masa UPM dulu.Senior blok Lekir,Kolej Tun Perak UPM duduk kat ground floor yang suka buat bising tapi disayangi oleh felo sebab rajin haha!*Muntah cepat.

Dekat floor kitorang ni ada satu bilik yang semuanya budak junior 1st year.Diorang takde masalah pun dengan kami hinggalah pada suatu hari..

Lokasi : Bilik
Acara : Minum petang (makan nasik goreng KakNor bersama Teh O)

Aida : Heee...(sambil merungut-rungut)
Noi  : Ko kenapa?
Aida : Geli aku nak ambik air kat water cooler tu.Ada megi.
Sally : Ha!! Megi.Sapa punya kerja basuh mangkuk megi kat situ.B***rdfds$%^$$$!(mencarut sopan)
Noi  : Ngendap yok,kita tengok sapa punya kerja.

Maka,proses mengintip bermula.Rupa-rupanya budak-budak bilik junior tu yang buat.Kemain lagi siap kumur-kumur lagi kat situ.Nape ko tak basuh gigi pulak kat situ kan ,dik?Masalahnya ada orang lalu-lalang kat situ pun dia tak de heran,Dasar terlebih sopan-santun betul mereka ni.

Esoknya kami sebilik dah geram.Kami membuat pakatan tanpa pengetahuan sesiapa.Idea kami ialah buat surat ugutan, letak kat drinking fountain tu.Lebih kurang macam ni lah isi kandungannya.

'Kepada saudari yang selalu kumur-kumur dan basuh mangkuk,cawan,sudu,gelas dan tangan kat sini.Kamu tahu tak yang air basuhan kamu tu akan diguna semula dan mengalir semula ke paip ini dan akan diminum semula oleh kita semua. Kamu tak rasa geli ke?Jangan buat lagi tau!Anda sedang diperhatikan!'

Secara faktanya air tu takdelah nak dikitar semula pun.Kami je saja buat tipu lalu menampakkan kebodohan dan pada masa yang sama berjaya memperdayakan adik kumur-kumur.Hahaha!

Dan akhirnya taktik kami berjaya,tiada lagi sisa megi,tiada lagi sisa milo,tiada lagi kumur-kumur.

Masa konvo baru kitorang buat confession kat geng kitorang ground floor tu (adik kumur-kumur masih taktau
siapa penulis surat ugutan).Akulah yang paling teruk kena siku.Oo..mentang-mentang aku paling ketot.

Rindu kat diorang!

4 comments:

~~Ticer Wann~~ said...

haha rupanya keadaan tu sama ehh kat semua U... dulu cam tu jugak cuma tak pernah tengok orang kumur lagi..setakat megi tu ada la.. :D

norinaomar said...

sebab tu kena dihentikan dengan memberi teguran secara terus,taktik aku ni sesuai unntuk golongan yang mudah terpedaya,kalau orang yang berpengetahuan tinggi takleh guna cara surat ugutan aku ni hahah

THE LEKAT LEKIT STORY said...

water cooler kt sekolah kita dulu.. selalu jd sasaran org x puasa.

norinaomar said...

eeiii..tak malu betul la diorang ituu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger