Pages

Saturday, July 30, 2011

Kisah aku dan baju gaun dot dot ini

Korang nak tengok gambar saya masa kecik?

sungguh saya sangat tak comel masa kecik dulu hingga selalu menjadi ejekan oleh kakak-kakak dan makcik-makcikku.Tu cerita lain kali lah diorang ejek apa.

Ceritanya pasal baju gaun dot dot polkadot ni yang mengingatkan kepada satu kenangan yang tak boleh nak lupa sampai bila-bila.Sampai saya ada anak ke 8 cerita inilah yang akan ibuku gebang kepada anak saya yang nombor lapan tu.Punyalah dia cukup suka cerita pasal ni.

Masa tu umur saya 5 tahun.Bisalah time abah gaji dia akan bawak kami adik beradik ke emporium The Store kat Batu Pahat (dulu sebut' emporium',sekarang dah malu nak sebut,tuko dengan supermarket,haha!)
Alkisahnya,ibu dengan abah leka memilih baju dan seluar untuk kaklong.Yang saya ingat masa tu kaklong pakai seluar panjang kaler hijau,baju kaler putih.Saya ikut je mereka ke hulu hilir,dari satu jenama baju,ke jenama yang lain.Dah nama pun budak 5 tahun,sukalah main nyorok-nyorok celah baju,selit-selit celah sana dan sini.
Saya sendiri tak sedar seluar hijau yang saya turuti itu membawa saya ke tingkat bawah.Dan barulah saya sedar yang saya sudah tersilap ikut orang.Itu bukan kaklong!

Budak umur 5 tahun belum ada handphone Nokia yang ada kredit untuk send mesej bertaip 'Kat mana?' atau membuat miss called.
Dan budak 5 tahun itu juga belum pandai untuk cari tangga jalan(eskalator) untuk naik semula ke tingkat atas.
Dan budak 5 tahun itu juga tak pandai nak buat apa-apa selain merayap tanpa hala tuju lalu menangis sekuat-kuat hati.

Tiba-tiba muncullah abang-abang The Store memujuk saya dengan memberi buah epal dan oren Sunkist,ajak juga ambik gambar.Nampaknbya percubaan abang-abang The Store gagal sama sekali kerana lebih kuat lagi saya melalak.Lalu,berkumandanglah......

"Di sini ada satu pengumuman,sesiapa yang ada kehilangan anak,berbaju gaun merah jambu, dot dot putih,sila ke kaunter yang berhampiran.Anak anda sedang menangis,di ulang sekali lagi bla bla bla..."

"Sian ye bang,sapalah yang tak reti jaga anak tu" kata Puan Ibu Umi Kalsom.Kemudian,"Bang,bang, Noi mana bang.Entah-entah itu Noi.Takde ni budaknya!".Ye Ibu,yang dimaksudkan tu anak mu lah.

p/s:Cerita ini ialah gabungan memori saya dan Ibu.Bila pergi ke The Store tu saya selalu tersenyum sendiri =)

5 comments:

Effa Akmal said...

hahhhaa..serve u rite kan.. tulah knpe x suh mak ikat tali kat pinggang je.. tadela terikot 'warga asing' camtu.hahahha...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau dulu keluar pi supermarket secara rombongan adik beradik bersama mak & ayah.. jarang hilang sbb mak mcm singa. Takut nak nakal2..

norinaomar said...

effa:huhuuu tu lah..zaman sekarang dah ada tali yang pasang kat tangan tu,pastikan beli nanti untuk si kecit dalam perut tu eh

cik lekit: ibu memang garang tapi masa tu kita buat onar secara senyap-senyap..(ayat anak yang terabai)

Zulfikar Hazri said...

hahahaha, rupanya anak sendiri kan...

saya tak pernah ilang kat supermarket.. kekekeke

norinaomar said...

ikar:kamu tak cukup kecik untuk hilang kott

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger