Pages

Saturday, July 2, 2011

Hobi terhalang

Tajuk macam cinta terhalang pula.Ok saya teruskan entri saya di pagi Sabtu ini sebelum saya dan rakan-rakan serta anak-anak murid seluruh Malaya berlari-lari sempena larian 1 Murid 1 Sukan nanti.


Saya memang suka membaca dari kecik,samalah hobi dengan kakak sulung saya,Kaklong.Kalau dapat peluang masa sekolah rendah dulu pergi ke library,timbul rasa tamak macam nak pinjam semua.Dah habis baca buku yang saya pinjam,pinjam pulak buku yang dipinjam oleh kawan.Masalahnya kawan-kawan saya yang lain suka pinjam buku nipis-nipis.Sekali nafas je dah habis mukasurat.


Ok,berbalik pada tajuk tadi,ibu saya sebenarnya tak suka kami baca buku cerita.Apa yang dia suruh kami baca n ngadap 24jam ialah buku sekolah.Kalau tengah belajar dalam bilik,dia suka mengendap(bukak pintu perlahan-lahan , nak tengok kami buat apa).''Ooo..baca buku cerita ye!Bawak sini!''.Maka terkebil-kebillah kami merelapaksakan buku cerita dirampas oleh ibu,dan hanya boleh dituntut pada hari esoknya.

Masa zaman tu memang takde istilah bertanya-untuk-kepastian.Padahal boleh je nak tanya,kenapa tak boleh baca buku cerita.Selepas kejadian itu,kalau nak bawak balik buku cerita memang kena sorok-sorok.Kalau dia dah pergi kerja(masa tu dia kerja kilang belah siang)..merdeka lah kami. Boleh duduk-duduk goyang kaki sambil baca buku.

Saya punya taktik,balik sekolah (naik basikal) sebelum sampai rumah,dah campak buku tu siap-siap.Lepas ibu pegi kerja,ambik buku tu.Sama juga dengan kakak saya.Punya lah sadis.Kalau ada van jual buku datang bawak list tu,mimpi lah kalau boleh dapat duit nak beli.Buatlah muka monyok ,muncunglah sampai boleh sangkut payung..bolayan.

Kat sekolah pulak masa tu ada banyak buku bersiri yang best.Siri Salma lah,Tiga Penyiasat,5 Sekawan,Semester Pertama di Seri Melur,Tingkatan Satu di Tengku Asyikin..Memang favourite!Saya sanggup curi-curi bawak balik buku tu.Kalau ada bekas cikgu sekolah rendah saya baca blog ni,ampunkan saya ye cikgu.Saya desperate waktu tu =)
Saya duduk rapat-rapat kat rak tu,lepastu selitkan dalam kain sekolah.Jangan tanya macamana saya buat..bayangkan aje.

Tapi saya bukan ambik terus,ada yang saya pulangkan semula,ada yang saya buat-buat lupa nak pulangkan.

Sekarang dah ada duit sendiri,syukur alhamdulillah saya dah mampu nak beli sendiri.Saya akan pastikan apa yang saya lalui zaman kecik dulu tidak berlaku kat anak saya.Bab curi buku tu kalau perangainya menurun..taktahu nak kata apalah.

5 comments:

bersama kak Es said...

hobi yang terbaeekk tu ~ membaca~

norinaomar said...

ramai lagi yang suka membaca kak es..saya suka baca buku motivasi,dah kurang baca novel cintan cintun

Zulfikar Hazri said...

saya dulu selalu kene kutuk ngan abah sebab suka beli mastika...

membazir katenye...


p/s aku dah cuba add blog cikgu kat bloglist aku, tapi tak boleh, sebab dia ckp ade masalah dalam 'feed'

cuba try cek balik, kenapa jd mcm tu, sebab blog org lain boleh.

HAKMI said...

ulat bulu rupanya...eh! ulat buku.....

norinaomar said...

Hakimi:taklah ulat buku sangat.. biasa2 aje

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger