Pages

Friday, July 1, 2011

Cara merapatkan hubungan dengan rakan sekerja..para Bos sila ambil perhatian

Sebelum ini,saya pernah bekerja di dua tempat yang hubungan antara bos dan pekerja sangat baik dan hubungan antara pekerja juga baik.Dan saya rasa amalan baik ini boleh dikongsi terutamanya bos-bos yang mahukan pekerja sayangkan mereka.


Potluck
Saya percaya amalan potluck ini banyak diamalkan di kebanyakan pejabat mahupun sekolah ataupun kilang,pendek kata di mana-mana sahaja.Ini boleh dikatakan win-win situation,kita bawa,kita pun dapat kenyang.Kan seronok!
Saya memang tak sabar bila tunggu hari nak buat potluck sebab masa ni lah nak makan yang sedap-sedap.Tapi malangnya sekarang saya tak berpeluang lagi nak merasai suasana potluck ni. Tunggulah nanti kalau dapat transfer sekolah baru,harap-harap dapat merasai kembali berpotluck.

*Pada sesiapa yang tak tahu apa itu potluck,Potluck ialah satu keramaian ringkas di mana setiap orang membawa juadah/makanan/lauk/snek yang berbeza dan dimakan bersama-sama.Dilaksanakan samada seminggu sekali,2 minggu sekali atau sebulan sekali,terpulang pada komuniti tersebut.Tapi sebelum tu eloklah berbincang dulu,manalah tahu tiba-tiba semua orang bawak juadah yang sama tak ke haru.(Ini definisi saya sendiri).

Thank You Slip
Thank You Slip ni saya berpeluang merasa suasananya semasa bekerja di Langkawi dulu. Setelah berpenat-lelah 'masuk course',pekerja yang bertuah berpeluang menerima hadiah.Caranya ialah cabutan dibuat sebulan sekali.Hadiah disediakan oleh pihak majikan.(hadiah kami masa tu ialah trip Island hopping).Sepanjang bulan,kami diminta mengisi slip terima kasih (thank You Slip) seperti ini:

Kami dibenarkan mengisi seberapa banyak borang tapi cabutan hanya satu sahaja.Yang memberi ucapan terima kasih dan yang menerima turut sama dapat hadiah tersebut.It's a positive appreciation for the good deeds that you have done to others.

So,bolehlah mulakan 2 amalan baik ni di tempat kerja anda.Manalah tahu ia merupakan satu permulaan yang bagus untuk mendapat hasil yang berlipat kali ganda!

2 comments:

bersama kak Es said...

tips yang baik ni..nak amalkan dalam keluarga pun ok.
yg potluck tu dah sokmo. yg cabutan tu idea yang sangat baikkk

iPai said...

wah tips utk merapatkan ukhwah ni .. hhhehee


dulu masa praktikal ada juga department lain buat potluck .. ramai gila orang datang dan makanan yang diorang bawa sangat banyak ... kenyang dan gemuk jadinya

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger