Pages

Wednesday, July 13, 2011

Buat-buat pengsan

Pernah buat-buat pengsan tak?

Haa..jangan tipu,cuba ingat balik...masa sukantara peringkat sekolah menengah..lepas lari 1500meter,malas nak lari lepas tu buat-buat pengsan supaya abang-abang dan kakak-kakak PBSM boleh angkut guna stretcher.Eleh,buat tak ngaku konon,cuba sebut Alip Lam Lam Ha!

 pic from google

Ok saya ngaku saya pernah buat-buat pengsan,tapi bukan masa lari 1500meter tu.
Saya pengsan dalam 2 kejadian di bawah ini.

Kejadian 1 - Lepas ekspedisi berkayak

Masa kerja di Langkawi dulu,kami kena jalani aktiviti berkayak di laut. 2 orang trainer akan berkayak bersama-sama 20 orang peserta.Masa tu saya jadi pembantu trainer.
Saya sengaja nak bikin 'senario',nak tengok apa reaksi budak-budak tu bila tengok trainer dia pengsan.
So saya dah bagitahu 'lead trainer' macam ni lah kira dialognya:

Noi   : Mamat, aku nanti nak buat-buat pengsan tau bila sampai PP. (Pasir Panjang). Nanti ko buat-buatlah tanya kat budak-budak tu aku kat mana tau.Aku nak pengsan jauh sikit dari tempat korang landing nanti.

Mamat : Ok Ok.No hal beb.

Dengan konfidennya,saya konon memperlahankan kayuhan pedal (pendayung),buat-buat tertinggal jauh.
Setelah mereka semua landing kayak masing-masing,lepak-lepak tepi pantai,saya pun landingkan kayak saya agak jauh dari tempat mereka.Keluar dari kayak,jalan terhuyung-hayang (dengan harapan diorang nampak)..dan kedebupp *pengsan*.Eh bunyiknya kedebup ke?Gasaklah!

Terbaringlah saya selama 2 saat.4 saat.Dan mencecah 68 saat.Tak jadik nampaknya trick saya ni.'Mana lah budak-budak ni tak datang pun.Aku dah kepanasan ni!'saya bercakap dalam hati.

Last-last datanglah sekumpulan cik Kiah,Joyah,Meon beramai-ramai berlari-lari dengan cemas.Mengejutkan saya,siap check dahi,percik-percik air."Wehh, KakNoi pengsan lah..Abang Mamat!!Kak Noi pengsan ni."
Habis badan saya digoncang-goncang dan akhirnya saya penat nak buat-buat tutup mata tu (penat wooo)
lalu.. "WARGHHHHH!!!! Kena tipu!"
Apesal lah korang ni lambat sangat.Kalau saya betul-betul pengsan macamana?

Apa jadi kepada saya lepas tu?



p/s: Kejadian no 2 sambung jap lagi sebab nak solat Asar ni..dah lambat huhuu

2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

buat2 pengsan?? tak pernah kot.. tp pernah pengsan masa perhimpunan kat sekolah. Baru ting 2 kot masa tu. Tp lepas sedar tu Tuhan je tau betapa malunya saya

norinaomar said...

cik lekit:masa tu demamke.Saya pengsan masa eksiden sebab tengok darah banyak hahah

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger