Pages

Wednesday, July 13, 2011

Buat-buat pengsan Bahagian 2

Haa..meh saya sambung entri syok sendiri berjudul 'Buat-buat Pengsan'.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Enche' Ikar share entri saya bertajuk Tips menabung # 3 - Akaun OMAMI. Dan terima kasih yang tak terhingga jugak kepada classmate saya masa maktab iaitu Wan Soidah kerana promote saya kat entri ini. Kembang hidung I tau tau!

Ok berbalik kepada matlamat asal.

diam diam rupanya dah 6 tahun saya jadik cekgi

Kejadian 2 - Dalam kelas tahun 1

Lokasi : Cahaya Ummi Integrated School, KL.Tahun 2006.

Kelas Tahun 1 Ibnu Qayyum sangat bising masa tu.Masing-masing sibuk nak bercerita sampai naik bosan saya dibuatnya.Dah 3,4 kali saya jegil mata.Senyap sekejap,lepas tu bising lagi.Saya sebenarnya boleh je nak bagi diorang senyap betul-betul,tapi haritu kesihatan agak kurang mengizinkan.

Lalu,saya berjalan terhuyung-hayang,menuju ke pintu..dan 'gedebupp!!'*Pengsan buat-buat*

"TEACHER!!!!!!!" si kecik-kecik itu menjerit dan mengerumuni saya."Teacher,bangun!Nanti siapa nak ajar kami!".Ada pulak yang dah start nangis.Ah..tak boleh jadik ni.Kang Pengetua lalu sapa nak jawab.

Kemudian,saya sergah mereka!
"Haa..tau takut.Lain kali bising lah lagi.Saya kalau dengar bunyi bising je,saya akan pengsan."

Lepas kejadian tu,masing-masing jadi sopan.Tak macam tarzan dah.

p/s : Agak-agaknya boleh dipraktikkan kat sekolah lain tak?heheheeeeeeeeeeeeee.

14 comments:

yusri said...

masa kau kat penibong tak pernah buat pun? hehehe

norinaomar said...

hehe..skolah papan takut aku.Sakit hahaha

Elyana Ahmad ツ said...

haha.apasal cikgu nei lawak sangat.best gila ade cikgu mcm nei.hehe

norinaomar said...

haha lawak ke dik non..I garang tauhu?

Zulfikar Hazri said...

pergghhh cikgu pembuli...

hahahahahahahahahhahahaha

apsal teacher dia tinggi sikit je dr anak murid? hehehe

norinaomar said...

hahahah kurang hasam punya ikar..

aku memang ketotla..ko ingat aku ni tinggi ke? =p

Nieza Ishak said...

ni kalo buat depan anak2 cemana??? hahahahaha

norinaomar said...

boleh jugak kak..bagi diorang gelabah sket kalau manjang tak reti diam =)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kelakar betul taktik cikgu ni. kekekeke

norinaomar said...

cik lekit: taktik berkesan tau.tak guna banyak tenaga =p

norinaomar said...

cik lekit: taktik berkesan tau.tak guna banyak tenaga =p

Effa Akmal said...

oke. nie betol² buat gelak sorang² depan pc. hahhahhaha.. melampaunye aniaya kanak² tidak berdosa. bazir airmate derang tau! hahahhaha

norinaomar said...

yahuu..effa sudah boleh ketawa riang!

Ardini Humaira said...

hehehe cikgu nak kena cubit

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger