Pages

Thursday, July 28, 2011

Anugerah Allah itu hanya pinjaman


Pernahkah kita terfikir yang anugerah yang kita perolehi sekarang hanyalah pinjaman dari Allah.Dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik olehNYA.
Mungkin hari ini kita boleh berjalan dengan sempurna,berlari berkejar-kejaran,mana tahu esok lusa kita dilanggar kereta dan menjadi lumpuh sepanjang hayat.

Sedang kita asyik menonton bola sepak pasukan Malaysia menentang Singapura di stadium sambil bersorak keghairahan,mana tahu secara tiba-tiba diserang stroke.
Sedang kita sihat walafiat,mana tahu kita diserang demam panas sehingga menyebabkan penglihatan kita beransur-ansur tidak berfungsi.Masya Allah.


.............................

Abang A
Dia abang senior saya.Ketika saya sekolah menengah tingkatan 3,abang tu tingkatan 4.Dia berpacaran dengan kakak yang paling putih dan cantik di sekolah kami. Mereka satu kelas.Macam Romeo dan Juliet.Abang tu boleh tahan orangnya.Kacak.
Malangnya ,satu hari dia terlibat dalam kemalangan,menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong.Kasihan dia.Kekasih hati yang cantik telah memutuskan kasih,malu agaknya berpacaran dengan si kudung.Abang tu bersekolah dengan memakai tongkat.Tiada lagi motor RXZ ke sekolah.Setiap hari saya melihat dia menunggu bas,hanya tongkat menjadi rakan karib.Teringin saya nak tahu apa yang jadi dengan abang tu kini.

..............................
Fadhil
Dia sahabat kepada Mr J.Umurnya awal 20 an.Sebelum ini dia sihat walafiat.Malangnya penglihatannya semakin merosot kini.Ringkasnya kini dia dah buta.Hampir tidak boleh melihat.Bekerja sambilan di kelas untuk golongan cacat penglihatan iaitu kraftangan dan menganyam bakul dengan bayaran RM100 sebulan memang menyedihkan.Pernah suatu hari dia meminta Mr J bantu mengeluarkan duitnya dari dalam bank malangnya baki tidak mencukupi untuk membuat pengeluaran.

Saya teringin nak mengajar di SKPK Princess Elizabeth ni.


Mungkin kebanyakan daripada kita dikelilingi oleh golongan yang mewah.Tiada masalah kesihatan dan kewangan.Dan mungkin hanya segelintir daipada kita sering berdepan dengan orang yang sentiasa memerlukan bantuan.

Saya mula terfikir,seandainya satu hari nanti,Allah menarik satu daripada anugerah yang saya ada,sanggupkah suami,ibu,bapa,keluarga saya menjaga saya hingga hujung nyawa saya.
Dan seandainya suami,ibu,bapa atau adik-beradik saya mengalaminya,kuatkah saya untuk setia disampingnya.Sabarkah saya untuk melayan kerenahnya.

p/s: Selamat menyambut Ramadan,semoga ibadah kita diterima Allah.

1 comments:

Q said...

Insaf......sellau jugak terpikir macam ni..huhu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger