Pages

Friday, July 15, 2011

Aku dan mak Buyung itu..

5 hari berkursus di Daro.
Kursus namanya Kursus Penyebaran KSSR English untuk Tahun 2 2012.
Sapa yang ada adik atau anak year 1 sekarang fahamlah apa tu KSSR.Tu pun kalau fahamlah.

Sepanjang kursus saya stay dengan 2 orang kawan dari sekolah lain.Kami satu pulau tapi sungai lain-lain.
Sekolah Kebangsaan Tekajong namanya.


 ini ialah peta pulau bruit ye kawan-kawan..yang kaler kuning tu ialah kampung.Nampak kan kampung I mengajar baik punya mengadap pulau.
peta ambil dari : http://suarapemikir.blogspot.com

 A-Kg Penibong, B-Daro (tempat kursus), C-Matu (tempat menyumpit haritu)  D-Sarikei (tempat keluarkan gaji dan menyoping sebulan sekali)   E- Sibu (tempat naik belon dan makan McD

Salah seorang dari roommate ku itu tengah pregnant 8 bulan.Tiap hari dia tengok video klip anak dia yang setahun lebih kat handphone.Ada satu malam tu dia nangis.(T_T)

pic from google

Haritu jalan-jalan area Pekan Daro tu.Kakak tu nak cari seluar.Singgahlah kami ke kedai Pakistan.Macam-macam dalam kedai dia tu.Karpet,tudung,kain ela,songkok,berus gigi pun ada.Lalu si Mak buyung itu berkenanlah dengan satu seluar ni.

Kakak Buyung  :Bos,seluar ni berapa ringgit?
Bos                   : RM25,saya bagi RM22.
Kakak Buyung  : RM20 tak dapat ke.
Bos                   :Aiyoo..tak dapatlah kakak.Lagi besar saiz lagi mahal.

Saya dah bengang je masa tu,ade ke lagi besar saiz lagi mahal.Baju Cap Levi's pun tak macam tu tahu kah.

Noi                  : Bagi jelah RM20.Kedai dah nak tutup ni.Dah pukul 6.30 ni.Kalau bagi murah,kamu                               juga yang untung nanti.    
Bos                  :Tak dapatlah adik.Bla bla bla bla...
Noi                  :Kalau kamu bagi RM20,ni baby dalam perut doakan bisnes kamu maju jaya,murah                                        rezeki tau.Jangan main-main tau dengan baby dalam perut ni.

Akhirnya,taktik berjaya.Best jugak pregnant.Boleh guna 'baby' untuk buat modal.
CIK LEKIT,jom shopping dengan saya,mahu kah???? heeeeeee

8 comments:

Zulfikar Hazri said...

waahhhh.. :) seb bek tokey tu tak mintak no ekor kat baby tu kann kekekekeke

norinaomar said...

maak ai!
nombor ekor?
ada yang tokey tu kena siku dengan mak buyung tu..

yusri said...

pndai kau ayat tauke tu ye?...

Effa Akmal said...

waa...nampak dah kampung betanak tempat my hubby bertugas dulu... hee. :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tu la untungnya kalau rajin tawar menawar & pandai bermain kata2 dgn penjual..

SyiPard said...

ape da..klau mcm tuh org lelki yg perut buncit mglhkan tong dram boleh buat jugk ke?haha

cikguden said...

makan McD kat mana? hehe

norinaomar said...

Effa : Nampak dah?good!

Cik Lekit:Taklah pandai sangat,sesekali mengasah bakat.

SyiPard:Orang laki takleh laa..

CikguDen: Kat Sibu cikgu den,dekat je kan kan kan kannnnnnnn

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger