Pages

Thursday, July 28, 2011

Aduhai Ikhmal - Part 1

        Namanya Ikhmal.Dia murid Tahun 1 aku.Baunya masam.Hangit.Suka betul dia main dalam sungai.Pagi beransur ke petang,dengan ria berkuak di sungai yang warnanya hampir sama dengan teh susu.
Ibunya tiada.Sudah meninggalkan mereka 2 beradik.Meninggalkan suami.Setiap hari datuknya menguruskan dirinya ke sekolah.Ayahnya kaki botol.Sering tiada di rumah.Aku kerapkali tersasul, "Balik rumah,cakap dengan mak,belikan pensil baru untuk kamu.okey?" Ikhmal diam.
"Dia tidak ada ibu, Teacher." sahut kawan sekelasnya.
Astaghfirullah..aku betul-betul lupa.

      Baju itu aku perhatikan.Asalnya warna putih.T-shirt bergambar Mr Bean beserta seluar pendek bergambar yang sama.Pemberian kaklong aku.Setiap kali aku mahu pulang ke sini,kaklong akan bekalkan sebuah beg sarat berisi pakaian."Bagi anak-anak murid kau," katanya.
Kini T-shirt Mr Bean tu sudah bertukar warna.Coklat kehitaman.Agaknya dia terlalu suka dengan baju tu hinggakan baju itu dipakainya masa mandi sungai,main bola,mencari ketam,dan tidur juga agaknya.

-To be continued-

5 comments:

Effa Akmal said...

hape hal nk to be continued nie?? grr... nk tau pe kes ttg budak ikhmal nie. cepat sambung noi!!!!!! :P

Zulfikar Hazri said...

dah nampak dah niche blog ko.. keep it up!...

sebenarnya ko terer menulis, cuma perlukan kesantaian je mcm entry ni.. :)

tulisan menggunakan kata ganti diri sambil bermonolog seakan-akan membuatkan pembaca berdialog dgn ko.. :)

norinaomar said...

effa: sabar mak Buyung..tunggu feel nih!

ikar:terima kasih..at least kalau tengah blank ada topik yang nak diupdate

Q said...

ada plak to be to be ni..haih..Cun kalau dia menulis pon boleh meleleh..hahha sat, ni citer sedih ker citer happy??huhu

norinaomar said...

Q:yeke ?
ni citer tak berapa sedih..takde ending lagi ni hahaha

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger