Pages

Friday, June 17, 2011

Potong rambut secara paksa


Masa kecik-kecik adakah korang sering dipaksa untuk dipotong rambut? Jawapannya tidak? Oh,beruntung sekali kerana saya sentiasa dipaksa oleh ibu untuk potong rambut.
Lokasi-duduk di atas buah kelapa kering sambil separa bogel iaitu tidak berbaju tapi berseluar pendek(masa tu belum baligh lagi ye tuan-tuan dan puan-puan),sambil badan dililit kertas suratkhabar.
Dapat bayangkan?Terima kasih.

Dulu pernah berangan nak gunting rambut kat kedai Pon Tin di Pekan Parit Yusof,rambut boleh potong GQ,belakang disodok dengan mesin,tapi permintaan ditolak bulat-bulat oleh madam besar,"Kurang kerja!Membazir!" Maka,patah hati.= (

Ciri-ciri rambut dah panjang mengikut piawaian ibu ketika itu ialah sudah melepasi kuping telinga,dan jambul sudah melepasi mata,belakang sudah melepasi tengkuk. Tapi masa tu serius tak terlintas di hati nak berambut panjang macam sekarang. Terus-terang saya katakan,saya mula simpan rambut panjang (lepas paras bahu) bila umur saya mencecah 23-24 tahun macam tu.Sepanjang umur 1 hingga 22 tahun, sentiasa berambut pendek.Sebabnya,fizikal rambut tak sama macam iklan tv.Tak payah bayangkan.

Semasa operasi pemotongan rambut secara paksa dilakukan,berlakulah drama yang menjengkelkan.Dah nama kena paksa mestilah ada babak airmata kan?Mana ada sesuatu perkara yang dilakukan secara paksa diiringi dengan snyuman dan gelak tawa,betul tak?Di antaranya:

"Bu,lama lagi ke?"


"Noi,kepalanye senget sikit!!"sambil tangannya yang besar itu menyengetkan kepalaku dengan sebelah tangan sahaja.


"Ko ni kalau duduk diam-diam takboleh ke?


Part paling menggerunkan ialah potong bahagian rambut depan.Gunting akan dirapatkan serapat-rapatnya ke dahi dan perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan hanya memaparkan gambar yang dipetik dari Google,tapi ianya sukar ditafsirkan.Ketika itu,mata melihat dengan fokus kepada gunting itu dan doa yang tidak putus-putus supaya tidak terpotong bulu mata atau tidak melukakan dahiku.Nanti ada parut dah tak kiut.

Airmata sudah pun berhenti mengalir menandakan tamatlah sudah sesi potongan rambut secara 18SG dibawah pokok kopi depan rumah."Dah,cepat pegi mandi!"

Pernah juga dek kerana teringin sangat nak berambut ala potongan GQ,jeles dengan kawan sekolah,saya menyodok sendiri bahagian belakang dan sideburn dengan pisau cukur (jumpa kat bilik abah).Hasilnya,memang selekeh ya amat!


mewarisi bakat ibuku?



8 comments:

Zulfikar Hazri said...

wahahahaha, lawak2... dulu potong rambut kat kedai india je...


abah tak biasa potong rambut...

tapi entri ko makin best la.. nampak perkembangan cara penceritaan. :) keep it up!!!



sapa budak kecik kene potong rambut tu? anak ke adik?

~~Ticer Wann~~ said...

noi,aku dulu pun dipaksa gak... guling2 la camne pun tetap kena potong gak... tak tau naper dulu aku suka fesyen rambut nanci foo... heee :)


Teringat zaman kanak-kanak

Pandai-pandai la jaga diri dan iman

norinaomar said...

ikar:entri mung banyak mempengaruhi aku untuk membuat cerita dengan ayat yang baik dan jalan cerita yang menarik tertarik

wan:rambut nancie foo macamana eh.nanti aku google hahah

InaAchik said...

memang berjaya karangan mengimbau ni...
ade bakat tulis novel! heheheee...

kite dulu pon mak jer gunting rambut. siap pakai pisau cukur lagi... cantik jer... ;)

fRaMe+LenSeS said...

hihihi.. comeinya la masa tu.. tadapat bayang.. hehe.. Nadh dlu senang, amek mesin, hentam ja.. bulat trus.. hehehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...

selalu mak bawak pegi salon cina potong rambut. Tapi bila naik darjah 4 dah pandai sendiri pi potong rambut kat satu rumah makcik potong rambut kat kampung. Time tu boleh pilih fesyen sendiri. Almaklum la mak kerja.. so byk handle sendiri je

norinaomar said...

Ina:ada bakat eh..tak cukup kreatif lagilah,kang dah buat novel tak laku pula.

Nadh:masa tu tak pakai mesin lagi.Ibu nak jugak tebas guna gunting dengan kaedah yang sadis,huhuu

Ciklekit:ibu tak bagi lorr,sekarang ni je bebas buat apa saja weehu!

iedchan said...

rambut pendek comel ape..hehe..sy pun jarang rambut panjang..rimas dan lemas...:P

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger