Pages

Monday, June 20, 2011

Kenangan di CUIS-Kencing semasa solat jemaah

Teringat saya semasa mengajar di sebuah sekolah swasta di KL 5 tahun lepas.Banyak kenangan yang mengusik jiwa dan salah satunya ialah ketika solat zuhur.Di sekolah tu,kalau solat zuhur dan asar akan dilakukan secara berjemaah.

pic credit to google

Kami yang cekgu-cekgi ni jadilah mandur,check diorang solat betul ke tak,posisi badan,bacaan,masa ni ramailah yang mata melilau kiri dan kanan,ketawa-ketawa,ngantuk,dan yang paling best ialah kencing!Ya,kencing masa tengah solat.Kejadian kencing ni bukan berlaku sekali malah adalah lebih 3 kali rasanya dalam satu tahun (jika saya tak terlupa).

Masa tu,bila saja kami perasan yang budak tu dah terkencing,apalagi..macam petirlah mulut kami membebel.Dah tak khusyuk yang lain-lain tapi masih meneruskan solat.

Penyelesaian pertama,kami suruh budak tu masuk toilet dan basuh seluar,pakai seluar ganti yang sentiasa spare dalam beg.Kami pulak pergi ke tempat kejadian dan tanpa berfikir panjang,kami terus saja potong karpet tu bentuk 4segi,dan basuh,jemur.Dah kering kami letak balik ke tempat kejadian.

Penyelesaian kedua-Nak dijadikan cerita,budak tu tak bawak seluar spare.Parah!Kami kat sekolah pun dah kehabisan seluar spare.Budak lain pun tak bawa.Makanya kami balut bahagian pinggang budak tu dengan plastik sampah hitam.Nasiblah..lucu pun ada.

Entah mana budak tu sekarang,sekolah tu pun dah pindah tempat dan tukar pengurusan.Kalau nak hantar anak sekolah swasta di Kl yang yurannya berpatutan dan berteraskan Islam, silalah lawati blog laman CUIS atau hubungi Pengetuanya Puan Noorliza Hj Ahmad di talian 0122473802.

6 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

yg kencing tu umur berapa?? kenapa la sampai terkencing dlm seluar. Ust Ustazah garang sgt ker? kekekkee

yusri said...

lucu gak sampai bleh terkencing..hahah

FasiHaH SupiaN said...

pengalaman mengajar budak2 kecik memang lucu bila teringat semula, seronok dgn karenah mereka :)

mizzura said...

kikiki...kesian kat budak tu...apa bole wat...kencing tu najis..solat itu suci..mesti sampai besar dia akan teringatkan perkara ni :-)

Zulfikar Hazri said...

berapa umur budak tu?

samada budak tu ada masalah bladder control atau dia takut sangat kat cikgu...

norinaomar said...

rasanya sekarang dia dah darjah 5..
budak tu ada 'special' sikit.dalam kelas pun selalu terkencing.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger