Pages

Tuesday, June 28, 2011

Kalau sakit jangan bagitahu ibu dan abah

Adatlah kalau duduk berjauhan dengan keluarga,pening kepala sikit mesti nak telefon mak atau ayah kat kampung.Nak mengadulah yang kita ni pening-pening lalat.

"Mat Sarip peningke?Makan panadol ye......"pesan mak kat Mat Sarip.

"Ko demamke AishahNurulAini?Pergi klinik tau,makan ubat tu,kalau pahit,pilnya belah dua,lepas makan nasik,kau makan sebelah,sebelum tidur kau makan sebelah lagi ye nak.." itulah pesan seorang ibu kepada anaknya yang duduk nun jauh di Papua New Guinea.



Tapi bagi saya cukuplah,saya dah tak mahu telefon ibu atau abah saya kat kampung kalau sakit migrain ke,gastrik ke,sakit pinggangke,selsema ke,batuk ke.Kalau sakit,saya akan telefon dan berbual seperti biasa.

"Apa khabar nak?"..aduhh menusuk ke kalbu betul.
"Ok je bah,sehat-sehat aje.Terlebih sehat"  Padahal kepala ni berdenyut-denyut macam nak pecah 4.

Sebab apa kalau saya sakit then saya tak mahu mengadu kat diorang..Sebabnya ialah kisah di bawah:

Kisah 1
Sekitar tahun 2005,saya dapat kerja di Langkawi. Akibat tidur dalam air-cond,saya sesak dada dan batuk-batuk teruk.Sedang dalam kesakitan yang amat sangat tu,saya telefon abah(rasanya tengah malam).Nada suara pulak macam orang semput tak dapat nafas.
Seminggu lepastu saya dah sembuh.Tiba-tiba dapat satu parcel,dari OMAR BIN MARMIN.Rupanya ubat batuk 2 botol,abah yang pos.Alahai Abahku,kat Langkawi ni ada kedai jual ubat batuk Bah.Bukak parcel tu je terus nangis.(nangis je taunye).

Kisah 2
Awal-awal posting ke Penibong.Saya diserang sakit pinggang.Mungkin sebab jatuh luar tandas sebelum itu,mungkin sebab kesan jangka panjang akibat membawa beg berat semasa kerja di Langkawi dulu,mungkin sebab ulang-alik membonceng motor ikut jalan ladang sebelum itu.Saya tak pasti.Tapi sakitnya memang azab.Tak boleh bangun.
Macam biasa,telefon ibu untuk mengadu nasib."Nanti ibu poskan ubat ye"
Ah,sudah.Ubat apa pulak ni.
Tak lama lepastu dapat parcel.Dalamnya takde surat cinta pulak dari abahande.Dalamnya ada pil warna oren.Ubat sakit pinggang atau sakit sendi katanya.Nangis lagi.

Kisah 3

Saya memang selsema sepanjang tahun bak kata Encik zulfikarhazri dalam entrinya yang bertajuk budak berhingus sepanjang tahun.
Bab selsema ni memang merunsingkan ibu saya,katanya "macamanalah besok ko nak tido kat rumah orang.Asyik srott aje,tak malu ke"
Dek kerana terlampau risaulah beliau bersepakat dengan abah untuk mengepos produk ini kepada saya siap testimonialnya sekali..



bila ditanya,"ko pakai tak minyak tu?''
Err..pakai.tapi dah tak selsema ye tak pakai sangat.

p/s:Sebenarnya tengah sakit kepala ni,bukan migrain dan bukan angin..rasa nak pecah kepala ni!

5 comments:

Zulfikar Hazri said...

lohhhh.. rupenye selsema sepanjang tahun gakk

p/s aku pun dah tak kol kalau sakit.. ckp sehat je., sebab kesian mama abah sanggup datang dari jauh, risau punya pasal.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

saya pun selalu call mak bila sakit tp sakit yg rasanya perlukan rujukan. Mcm tgh pregnant ni... kdg2 perlukan pendapat & nasihat org tua. Kalau takat demam, pening tu jarang nak bgtau. Lgpun dah ada suami.. byk mengadu dgn suami je. Kalau dulu bujang tgh tahap kesakitan tu. Pernah ms bujang dulu kena demam chikugunya..(erkk.. btl ke tak ejaannya) memang demam yg tiba2. Tak tau nak buat apa sbb teruk call mak. Lepas 3 hr exbf ms tu hantar blk kg. pernah juga kaki terseliuh, call juga bgtau sbb tak blh jalan. tp takde la blk kg.exbf tlg bwk kan gi klinik.

norinaomar said...

tulah cik lekit..kita ni memang nak mengadu tapi memandangkan ibu n abah bersusah payah pos ubat jadi tak sampai hati pulak.kalau dok tak jauh dari rumah tu maunya diorang datang melawat

Q said...

manjanya dier...nnt dah kawen camner?hihihi

FasiHaH SupiaN said...

saya juga..kalau sakit jarang beritahu, melainkan sakit yg amat hingga terpaksa MC, terpaksa beritahu sebab tak pergi kelas juga tak larat angkat hp juga tak larat nak jawab hp....

tp, apapun, sakit ni sebenarnya kalau kita redha, insyaAllah ada nikmatnya di kemudian hari..:)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger