Pages

Tuesday, May 10, 2011

Tolonglah jangan tanya soalan sebegini..

Kepada yang di luar sana,sila jaga sensitiviti orang lain..

1)Orang tu baru je kahwin

-Eh,macamana malam pertama kau?Heheheh..
Ini kisah dalam kelambu..jangan nak sibuk tanya dan ambil tahu.Yang ditanya soalan pun sila simpan rahsia dalam kelambu kamu.

2)Kawan lama yang dah lama tak jumpa.

-Dah kahwin ke?
-Kerja kat mana sekarang?-Just imagine kalau orang tu masih menganggur dan carik kerja beratus-ratus tempat dan masih tak berjaya.
-Ko dah ada boyfriend ke sekarang?-Paling hate soalan ni sebab dulu selalu ditanya.

3)Orang tu dah kahwin

-Ooo..dah kahwin ke.Dah ada isi belum?Sambil pegang perut orang yang ditanya.
-Lambat no nak ngandung.Dah duduk dekat pun tak melekat lagi ke.
-Sampai bila nak honeymoon?Takkan tak teringin nak ada anak kot.

4)Orang tu nak kahwin

-Berapa hantaran kau?
-Bakal suami/isteri kau kerja apa?

5)Orang tu dah lama kerja kat luar negara atau yang orang Semenanjung dah lama kerja kat Sabah & Sarawak dan sebaliknya.

-Wah..lama ko kerja kat sana..dah banyaklah duit kau?
-Uish..lama betul ko kat sana.Dah sangkut orang kat sana ke?

6)Orang tu dah lama membujang

-Bila nak makan nasik minyak kau ni?
-Kau ni nak membujang sampai bila?


p/s:Masih mencari jawapan yang sesuai untuk soalan-soalan di atas selain daripada jawapan yang klise.

6 comments:

yusri said...

best entri ni...hehehe

norinaomar said...

tu lah pasal yus..jaga hati orang sket ..

mizzura said...

tahu takper...kadang nak jer cakap..weih ko ni tak reti tanya khabar aku ke dari dok tanya soalan "BNK" tu...kalau sekali sekala jumpe tanya ok lagi..ini yang pantang jumpe tanya...tension betul..mmg pernah alami...

norinaomar said...

Betul tu Zura..ada jawapan lain ke selain belum ada rezeki?Masih fikir jawapan lain untuk bagi orang tak tanya dah..

Anonymous said...

tadi ada member baru kena
A:kau kerja kat mana
B:Sambil acuh tak acuh jawab,"JUSCO"
A bertanya lagi...Cashier Jusco ke?
Saya yang duduk bersebelahan B rasa nak menyemburkan makanan yang sedang dikunyah.......apa punya soalan dah<dalam hati....
B:Taklah ,kerja PIZZA
Saya dah gelak2 jugak,sambil berbisik,muka kau adamuka cashier jusco ke......hahahaha...yang pakai bow tie kat leher tu.....bukanlah mentertawakan kerjaya sebagai cashier,tapi tak memahami sensitiviti orang lain bila bertanya...dahlah baru je kenal...........rengah makan pulak tu.......
perbualan itu tidak berhenti disitu....
A:wah...saya baru je gi situ aritu,tapi tak nampak awak pun...lepas ni bolehlah mintak diskaun..mmmm...anak saya ni suka sangat makan pizza
B:tersengih je lah
Nasib kau lah B
A bertanya lagi...
Dah Kahwin?
B:Coming soon(jawapan selamat)
nasib baiklah kau tak bertanya kat aku encik A..........

kesimpulannya,jagalah sensitiviti orang sebelum bertanya...

norinaomar said...

Ohh pleaselah..baru kenal lagi mahu tanya soalan pelik-pelik..

Kalau dia tanya kat awak,jawab jela setiausaha sulit Datuk Ghani Othman.
Apa yang dia tanya semua awak jawab P & C,gerenti trus tak jadi nak tanya.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger