Pages

Tuesday, May 10, 2011

Siapa yang memulakan trend bertunang seperti ini?

Kepada yang dah bertunang,diucapkan tahniah.
Kepada yang sudah berumahtangga,harmonikanlah ia setiap hari.

Bertunang hanyalah satu transit sementara menunggu ikatan lelaki dan perempuan yang halal dan sah.

Baru-baru ini rakan saya Norfadila Nasron baru je melangsungkan pertunangannya.Syukur alhamdulillah.
Masih teringat lagi dia yang saya panggil Meon (sejak zaman matrikulasi) pernah menghubungi saya dan menangis menceritakan kecurangan bekas kekasihnya dan alhamdulillah berkat usaha dan doa dia dan semua orang,dia telah berjumpa seseorang yang saya yakin akan sentiasa membahagiakannya ..Insya Allah..

Tapi,saya ada satu pertanyaan..Mengapa trend sekarang semasa majlis bertunang,si Tunang Lelaki akan hadir dengan berbaju Melayu lengkap bersampin sedondon dengan si Tunang Perempuan. Rata-ratanya selepas majlis mereka akan bergambar bersama dan ada juga yang duduk di atas kerusi bersama ala-ala bersanding.Nasib je tak sarung cincin sekali.


Tunang saya ke ni?Kepit Jang oi..(He is Ujang my only one brother)

Setahu saya masa tahun 2000an..kalau tak silap..di Kelantan dan Terengganu,situasi ini adalah biasa bagi mereka.Dan sekarang di mana-mana sahaja majlis pertunangan,akan ada situasi ini.

Ini hanyalah pendapat saya sahaja.Terpulang pada penerimaan pembaca sekalian.Saya agak tidak bersetuju dengan trend sebegini.Bagi saya,biarlah detik-detik manis berbaju sedondon dan duduk di atas kerusi berlatarkan mini pelamin dirakamkan di hari pernikahan sahaja.

Sebenarnya kita boleh bertegas untuk berkata 'TIDAK' jika ada ahli keluarga yang membuat permintaan tetapi dengan cara yang berhemah.

Mungkin akan ada yang berkata "Eleh,ko tak buat macam tu sudahla,janganlah nak kutuk orang"..atau "eh,majlis aku,suka hati akulah..ada aku mintak duit kau?" atau juga "Ko tu bagus sangatke."

Tidak..tidak sama sekali.Saya bukan orang yang sempurna.Sangat banyak kelemahan,dan saya mengaku saya juga bergambar dengan tunang saya (bukan di majlis pertunangan) seperti pasangan yang lain.
Saya cuma terpanggil untuk meluahkan rasa hati saya sahaja.

20 comments:

Liza Razak said...

betul tuh...saya dulu kalau ikutkan nak yg paling simple je..baju tunang pon x tempah..beli je.tp bile family nak beria2 pulak,terpaksa laa ikutkan je..hehe

norinaomar said...

Memang.tapi kita boleh je bertegas tapi dengan cara yang berhemah.
Tapi terpulanglah dengan cara masing-masing..Itu pendapat saya sahaja..Nobody is perfect kan?

InaAchik said...

saya pon sependapat ngan awk. x kisahla nak wak acara tunang grand2 kalau mampu tapi takyahla sampai bergambar cam dah kawin.

norinaomar said...

thanks Ina..for me less is more right.Tak bermakna tak bergambar berdua n berbaju sedondon tu maknanya majlis tak meriah..
Biar detik manis itu pada waktu yang tepat dan sepatutnya.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sy pun perasan sekarang ni memang jd trend pulak bertunang macam tu. Siap ada acara potong kek lagi pasangan bertunang tu.ada juga tergerak nak buat entri pasal ni..tp biar la blog sy cool dulu kot. kang org labelkan blog sy asyik kondem org jer.. nak2 lg sy tak pernah bertunang terus kawen. mesti ada yg anggap sy jeles.

norinaomar said...

tahu takpe..cik lekit letak entri apa pun ada kalau dah nama busuk hati,stalker tu tetap kondem.
saya tak pernah tahu plak ada siap potong kek sesama..

taktahu nak kata apa..lihat sajalah..betul kata cik lekit,kang dikatanya kita jeles sebab tak buat macam diorang,kan?

~~Ticer Wann~~ said...

aku ari tu sederhana. xda bergambar dengan Mr ABC coz my father tak izinkan sebab tak elok katanya... tak ada baju sedondon...orang tak tau pun dia ada time tu... tak da hias-hias bilik..

trend la sekarang ni noi... bertunang je dah gah dengan pelamin bagai... dah gitu baik kawin je save bajet.. hihi..ni pendapat aku je tau tau..

Nieza Ishak said...

tue la skrg nak tunang pun kena belanja besar .. jadik double belanja.

macam nieza tunang 2jam sebelum nikah .. amacammmmmm ??? hihihi

mizzura said...

hehe...saya lah salah sorang itu...its your opinion kan..but for me, kitorang pun dah selalu g event2 yang bergambar berdua, so pada saya takde bezanya bergambar time bertunang atau tak unless pasangan tu memang jenis jarang bertemu.
tunang saya memula tak nak pakai baju melayu sedondon, tapi saya yg suruh, pasal saya malas lah nak bergambar dua tiga kali untuk buat banner ker (kot la nak buat), prewedding la apa bagai sebab takut bz. yup tak wajib, tapi kalo ada dah takyah nak bergambar lagi sekali..event mama pun pesan kat photog jangan nak suruh diorang rapat2 (kami). Yang paling tak sesuai waktu tunang ialah bila dua-dua siap bergambar berpegangan tangan, sarung cincin bagai. pada saya itu sangat over..almaklumlah tetamu merupakan makcik pakcik, so memang kena behave.apa-apa pun itu pendapat masing2...kadang kita nak buat simple, tapi rupanya2 tak sedar terjadi grand..kadang yang memeriahkan pulak tak lain n tak bukan sedara mara,jiran & rakan yang banyak sponsor itu dan ini..as long majlis itu takde rungutan tak puas hati antara, pihak perempuan/lelaki & tetamu pun dah kira oklah tu :-)

Personal view, tunang memang kena simple, macam saya dah ada orang belikan kain, haruslah g tempah kan..apa-apa pun ukur diri sendiri, jangan nak buat itu ini sebab tengok orang lain buat itu ini sampai kena sekat makan itu ini..hehe..tapi kalo orang sponsor, rembat aja dan cakap terima kasih :-)

|Majlis kahwin tepi kolam renang (poolside)|

norinaomar said...

Wan:Bagus macam tu,bukan sebab alim atau tak,parents yang kena bertegas dalam hal ni kan?

Kak Nieza:2jam?bestnya macam tu!!!!!

Mizzura:Takpe,ini hanya pandangan saya sahaja..

cikguden said...

bukan main meriah majlis bertunang sekarang nie.

norinaomar said...

meriah tu tak kisahla cikguden..yang tak berapa ok tu yang saya sebut di atas

Hazilah Aini said...

haha. aku bertunang dulu raya ke-3 so, tunang aku tu aku suruh dtg pakai baju melayu lengkap bersampin mcm org dtg beraya. sbb masih mood raya. lagipun senang pastu bergambar dan gambar tu guna utk buat banner. takyah nak bergambar hari lain dah n gambar pun nampak cantik sbb sedondon. baju yg tunang aku pakai waktu tunang tu la baju yg dia pakai nikah thn dpn tu plak. sempoi je... hehe.
skrg ni dlm majlis tunang, lelaki biasanyer dtg (dtg pun akhir2 bila org dah abis bincang n takleh masuk dlm duduk dgn org bincang) sbb sedara-mara nak kenal dgn tunang, maklumlah sblm2 tu masing-masing tak pnh jumpa or blom kenal... jd waktu tunang tu la masa nak beramah mesra antara keluarga dan sedara-mara...

Citarasa Rinduan said...

setuju2.....
masa ayu dapat job ambil gambar bertunang baru2 nie..
ayu hampir terkejut dgn pelbagai cara bakal pengantin tu..

selain ada pelamin
selain ada bakal pengantin lelaki
selain pakai baju/solekan dr mak andam
siap kita2 dapat cenderhati..
peeh!!
mmg lain dr y lain

Zulfikar Hazri said...

kita sependapat la cikgu..

mama ngan abah dah warning awal2.. nanti kalau kamu nak bertunang, tak payah ikut, duduk je kat rumah..

nak ngikut pun buat ape... hehe :)

wahh tulisan dah makin bernas dan berisi...syabbasssss :)

EB said...

Rata-rata ckp tunang ikut sebab nak tunjuk jln..
Alaaa kemon la.. Tak kn baru kelmarin ko knal then hari ni nak tunang da.. X kn slama ini x pernah org tua kita tanya dengan siapa kita berkawan? Anak siapa? Kerja apa? Tinggal dimana? Takkan sampai dah tunang x pernah family lakukan taaruf utk berkenalan dengan keluarga tunangan kita? Alasan semata..

Apa pn tepuk dada tanya iman..
Aku bukan org agama tapi aku still ada agama...

Miss Tira said...

Jangan pedulikan kata orang. Mereka tu sama je macam anon yang suka mengkondem orang lain.

norinaomar said...

Ha : It's ok..

Kak Ayu : Bab pelamin n dapat goodie bag takpe lagi sis.

Bang Ikar : Thanks banyak2..idea datang up and down..

EB:Setuju ngan awak..

Tira: Terima kasih..rasanya dah cukup berhemah cara saya luahkan ni..

Mylady said...

setuju sangat dengan artikel ni..majlis tunang sekarang dah ala2 majlis kahwin..setahu saya, pada majlis bertunang, si lelaki tak sepatutnya datang ke majlis masa acara merisik dan bertunang dilangsungkan..even waktu saya bertunang, suami saya just drive pihak dia ke rumah saya, then dia gi la melepak di padang kat rumah saya di tenghari2 yang panas tu sebab mak mertua pun cakap si lelaki tak boleh ada pada majlis tu..dah habis majlis, time makan2 tu, boleh la dia datang..sian plak..kelaparan kang..

SelendangBiru said...

3rd comment :P Sebab tengok isu bertunang/berkahwin.

Bagi saya majlis bertunang tak perlulah belanja besar-besar, tapi macam janggal kalau yang perempuannya cantik molek macam dah nak bersanding, tapi yang lelakinya hadir berseluar jeans berkemeja T. Saya tengok gambar kawan-kawan bertunang, lelakinya alahai...tak kena dengan majlis. Paling tidak, pakailah kemeja dan 'slacks'. Asalkan nampak formal dan kemas.

Just my 2 cents on the subject.
Biarlah, lagipun majlis orang.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger