Pages

Sunday, May 15, 2011

Pesanan untuk B2B-perihal majlis kahwin

Take notes to all B2Bs..peringatan untuk saya juga..

1)Makanan

-Tetamu akan ingat makanan,sedap atau tidak.Nasinya mentah atau cukup rasa.Lauknya cukup atau tak cukup.Baru pukul 2petang,lauk dah mula habis.Ok saya takut kalau ini betul-betul terjadi,mohon dijauhkan.

-Biar bajet lebih untuk makanan..kerana tetamu takkan ingat bunga telurnya yang cantik,tapi kerana makanan turun ke perut,itulah yang akan diingati hingga 7 keturunan.=)

-Bincang dengan keluarga,terutamanya ibu bapa.Biasanya urusan makanan tetamu di bawah pengawalan ibubapa.B2B kena ambil tahu jugak.Kang ada yang tanya,''kenduri rumah kau nanti nasi putih ke nasi beriani?".."entah!"...nak kena piat?

-Hidangan makan beradap @ makan berdamai @ makan berhadap..ahh what ever..mesti dimasak dengan penuh kasih dan sayang.Pesan kat makcik-makcik(kalau order dengan katering tu lain cerita) supaya memasak sambil gembira dan bergelak ketawa tapi jangan terleka kerana kalau hangus susahlah pula.B2B bincang dengan ketua chef (cari makcik mana yang jadi Otai masak makan beradap ni) lauk apa yang nak dimasak..Peruntukkan jangan terlalu kedekut kerana kita nak jamu orang makan.Ingat tu!
Ada yang saya lihat tak berapa mahir memasak ayam,masa dicubit ayam tu,masih ada darahnya..kesian tetamu VIP.



aduh ngape senget gambonye..

2.Layanan

-Sambut rombongan yang datang.Sebab tu pentingnya berbincang dengan ahli keluarga.Sekurang-kurangnya orang yang dipertanggungjawabkan dah tahu tugasnya.Kesian rombongan yang datang jauh-jauh tak disambut..sure terpinga-pinga kan?

-Masa makan beradap tu mesti ada pelayan @ orang jawa panggil peladen.Biasanya dikalangan keluarga,kalau orang kampung akan melayan bahagian bufet tetamu dan bukannya VIP.Pelayan-pelayan ini akan tolong tuang air kepada semua tetamu,tuang nasi,tanya apa yang tak cukup..baru selera nak makan udang panjat!hehe..



3.Duit tol (untuk yang kahwin dengan perempuan Johor saja)

-Sediakan duit tol (paling koman 50 angpau).
Bukan banyak pun dalam tu,RM1.00 pun ok.Kalau saya RM0.50 pun dah tersangat ok.Jangan tak cukup sudah.Oh ya!Jangan lupa tol untuk mak andam juga,bukak pelamin katanya.Layankan aje..

4.Makanan semasa bersanggah

Saya taktahu kalau orang lain panggil apa untuk bersanggah.Ala..yang kalau rombongan belah laki atau perempuan datang ,diorang akan transit kat satu rumah khas sebelum berarak ke rumah pengantin.Kalau yang rombongan datang dari jauh,biasanya duduk di homestay atau hotel yang berdekatan.
Sediakan makanan untuk mereka,walaupun kerepek dan air sirap.

Empat sahaja setakat ini,jika nak tambah dipersilakan=)

p/sTreat others as you want to be treated

2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau kat kampung sy ni selalunya majlis kawen sampai lewat ptg.. makanan tu jarang tak cukup selalunya cukup sampai malam. mcm majlis sy dulu gotong royong. byk kwn2 arwah ayah yg nak tlg masak. Yelah ayah dulu tukang masak rumah org kawen.. makanan pun alhamdulillah cukup & sedap bg saya. Bab masakan utk makan beradap ni selalunya sedara mara yg buat. Gotong royong jugak masak & menghias sekali. Tu kat kampung.. tp kampung sekarang pun dah tak byk aktiviti gotong royong. Ramai yg tempah catering. Tp utk majlis sy memang kawan2 ayah dah decide nak masak.. Lgpun 1st majlis kawen kat umah

norinaomar said...

Betul tu cik Lekit..gotong royong ni patut dikekalkan dan jarang kita dengar kalau kenduri kahwin kat kampung tak cukup makanan..siap boleh bagi lagi lebihan makanan kat jiran tetangga..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger