Pages

Wednesday, May 25, 2011

Nak saya cantik?Belikanlah.....

Ini situasi benar..
Dan kepada lelaki-lelaki di luar sana,sila ambil perhatian.
Dan entri ini bukan ditujukan kepada wanita yang trendy suka bermekap dan bertumit tinggi.

Situasi 1


"Honey Bunny, I rasa lah U cantik kalau pakai mekap. Cubalah kalau keluar dengan I pakai mekap sikit,pakai gincu sikit,ni pucat lesi je macam Zombie sudah"kata Encik Buayafren.

"Ala,Kanda ni.Macam U taktahu I ni allergic dengan mekap. Gatal-gatal kalau pakai eyeliner,eyeshadow ke hapa tu," jawab Cik Gelifren.


"I tak kira,lepas ni kalau dating, U mesti mekap.Kalau tak kita tak payah keluar dah." Titik.

Situasi 2



"Honey Bunny.U ni ketotlah. Dahla tu,kalau dating dengan I asyik pakai sandal Crocs U tu aje,takpun pakai sneakers.Cubalah feminin sikit,pakailah high heel" kata Encik Buayafren.


"Ala,Kanda ni. Kita kalau dating kan meround 4 shopping complex.U just imagine,macamana nak jalan 4 shopping complex dengan high heel,U tu dahlah jalan laju,gerenti I tertinggal kat belakang,lagipun gaji I cukup-cukup aje,mana ada bajet lebih nak beli high heel.I kan tengah serius menyimpan untuk kenduri kahwin kita," jawab Cik Gelifren.


"I tak kira,lepas ni kalau dating, U mesti pakai high heel.Kalau tak kita tak payah keluar dah." Titik.


Pernah tak situasi seperti ini terjadi kepada korang?Husband atau Encik Buayafren kita nak suruh kita pakai mekap,pakai high heel,cantik dan tertarik tapi takmahu keluarkan duit untuk belikan.Alasannya,takut apa yang dibelikan tak menepati citarasa kita. Hello,at least masa keluar dating tu kan, bila dah terkeluar dialog di atas,sambunglah dengan ayat begini..."Ok,kalau nak harap U beli sendiri memang lambat nak tunggu. Apa kata kita pergi cari,biar I yang belanja. I nak U cantik, so I akan belikan untuk U tanda cintaku seteguh Kota A Famosa". This is better.

Oh,please lah. Apa salahnya Encik Suami atau Encik Buayafren buat macam tu kan. Anda pernah mengalaminya?Suka tak?(tak tahulah kalau korang suka).

p/s: Saya bukan pemakai mekap,dia selesa dengan saya yang begini.

7 comments:

Q said...

Noi, buh kat facebook tagged cun boleh?hahahaha mekap tak pernah komplen..tang kasut jer..tapi dier pernah lah belikan satu ketika dulu...la ni jer tak beli...hahahha

norinaomar said...

Hahaha..boleh boleh sangat.Dipersilakan untuk kesejahteraan bersama

Zulfikar Hazri said...

ahahaha, bernas2... betul sangat la entry ni...

kretip lak tu, buayafren dengan gelifren.. hehehehe

makin hebat la gaya penceritaan.. :) dialog pun nampak real.. :)

norinaomar said...

Thanks abg Ikar.Buayafren n Gelifren tu benornya ayat asal Ustaz Hasrizal.
Dialog real kan kan kannnnn?

InaAchik said...

laki ina mmg kaki komplen...
suka ina melawa...
so kalo bab mekap, mmg dia akan sponser... ;)

yusri said...

ruangan URL macam ni lah yang aku maksudkan noi aku suka..sebab kdang2 tak selalu log in. Jangan salah anggap tau...kalau ada ruang mcm ni ok lah..dari letak google je..susah nak berkomen

norinaomar said...

Ina:Achik komplen takpe sebab dia sponsor,kalau yang buat takreti tu yang bikin hangin =)

Yus:Aku tak pernah tahu,serius aku baru tahu,anyway tQ eh

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger