Pages

Wednesday, May 4, 2011

Pejabat Pos Sibu-Kakitangan biadab

Sebelum tu tengok gambar dulu


 gambar kurang jelas kerana guna kamera handphone

Mereka ialah kakitangan Pos Malaysia Sibu.Pada hari Sabtu lepas (30 April 2011 pukul 12.30 petang) mereka bertugas di kaunter bungkusan.

Sikap mereka yang tersangatlah bersopan santun macam tongkang karam..maksudnya biadab terhadap pelanggan dan sangat patut dicontohi oleh semua yang bertugas di bidang kaunter seumpama ini.Syabas diucapkan..

Ya,memang niat saya ingin memalukan mereka..saya tak kisah kalau para pembaca sekalian menghentam saya dan inilah satu cara untuk menyedarkan semua yang berurusan di kaunter,jangan takut untuk membuat aduan.

Sebelum entri di blog saya ini dipublish,saya telah menghubungi customer service Pos Malaysia dan menghantar emel aduan.Dan sekarang saya paparkan di blog saya supaya anda semua terutamanya warga Sibu berhati-hati dengan mereka berdua yang bersikap sopan santun macam tongkang karam ni.

Ini ialah petikan emel saya..
" Pada hari Sabtu bersamaan 30 April 2011 kira-kira jam 12.30 petang saya dan rakan saya telah membuat urusan penghantaran bungkusan di Pos Malaysia Cawangan Sibu.

Apa yang menyebabkan kami tidak puas hati ialah sikap biadab 2 orang kakitangan yang bertugas di kaunter bungkusan.Malangnya kami tidak dapat mengesan nama penuh mereka dan kami hanya sertakan gambar 2 orang kakitangan tersebut.

Berikut adalah aduan kami:

1)Sistem yang tidak selaras

Di cawangan Sarikei,saya boleh menghantar bungkusan dengan menggunakan beg berzip yang telah di seal rapi tanpa memasukkan dalam kotak dan dibalut dengan kertas coklat (lebih daripada 3 kali penghantaran),tetapi di Cawangan Sibu,saya tidak dibenarkan berbuat demikian.Alasan kakitangan tersebut ialah bungkusan tidak standard.

2)Sikap biadab 2 orang kakitangan Pos Malaysia Sibu

Saya ingin menghantar 4 bungkusan yang setiap satunya mempunyai berat tidak lebih daripada 2kg.

Sebelum ini saya sudah acapkali menghantar bungkusan yang beratnya lebih kurang sama menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Domestik (laluan laut) dan tidak mengalami sebarang masalah.Tetapi di Cawangan Sibu,saya tidak dibenarkan mengirim bungkusan tersebut dengan alasan berat bungkusan saya tidak lebih daripada 2kg. Lalu,kakitangan tersebut mengarahkan saya supaya mengirim bungkusan tersebut dengan mengunakan perkhidmatan pos berdaftar.

Persoalannya,mengapa di Cawangan Sarikei saya dibenarkan menggunakan perkhidmatan domestik,tetapi saya tidak boleh berbuat demikian di Cawangan Sibu?

Apa yang saya kesalkan ialah tindakan 2 kakitangan tersebut yang sangat biadab iaitu bercakap dengan kasar dengan suara yang kuat,agak memalukan kami dan langsung tidak senyum.Sedangkan kami bertanya dengan cara yang cukup berhemah.Tindakan mereka seolah-olah kami tidak tahu-menahu urusan di Pos Malaysia dan situasi ini langsung tidak boleh kami terima.


Saya berharap supaya aduan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Tuan/Puan dan 2 orang kakitangan tersebut dikenakan tindakan yang setimpal.


Saya tak kisah kena bayar mahal ke,barang lambat sampai ke..yang menyakitkan hati ialah ke manakah hilangnya mesra pelanggan?

Sedarlah bahawa pendapatan kamu itu tak berkat kerana kamu bekerja dengan memaki hamun orang lain dan tidak jujur..Jawablah di akhirat sana.

Sekian,terima kasih..saya tak marah,cuma memang niat nak mengajar je..What ever!

5 comments:

Yusri said...

aku tolong share kan noi...biar padan muka dia...

mr pot n mrs lat said...

singgah sini bace entry . . jom terjah blog kami pulakk (:

norinaomar said...

silakan yus..sakit hati tak ilang lagi ni

mrs pot:nanti saya terjah sana eh

AB KARIM said...

OOOOOOOO KESIAN.... ADA JUGA YANG BERLAGAK MACAM TU...
KEMANA HILANG BUDI BAHASA YANG DILAUNGKAN...
CAMNAE NAK TOLONG SHARE JUGA UNTUK PERINGATAN PADA YANG LAIN...

Ratu Meow said...

nak komen jugak..sorry to say la utk orang keje kjaan ni..memang selalunya attitude pekeja kjaan memang camtu.belagak lebih..padahal keje hapah...n memang 90% susah nak jumpe urusan kaunter kjaan ni orgnye mesra pelangga.memang muka nak ketat...belagak..kalut nak berbual..n paling pandai buat pekak....saya memang meluat gile urusan dgn org kjaan ni.bt habis duit rakyat.konon pegi kursus sane sini..tapi habuk pon takde.blah la org keje kjaan..tukar la sket attitude korang..jgn rase hebat sgt keje kjaan...padahal gaji ciput jek..belagak lebih..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger