Pages

Sunday, May 15, 2011

Aku guru..gurukah aku?

Tahun ini dah masuk 5 tahun saya jadi cikgu.
2 tahun mengajar di sekolah swasta di KL 
dan 3 tahun di sini,bumi Penibong yang indah dan permai.
Tugas saya memberi ilmu tak kira ilmu Bahasa Inggeris,ilmu akademik,kadang-kadang dalam kelas pun jadi ustazah.Sebab jadi cikgu ni bukan hanya tulis di papan hitam,tanda buku kerja murid,tapi lebih dari itu.


Setiap hari saya tetapkan matlamat,yang tak tahu baca mesti pandai membaca walaupun 1 perkataan.
Yang tak ingat ejaan mesti dapat ingat walaupun 1 perkataan.
Yang selalu tinggal buku mesti berubah jadi ingat walaupun hanya sehari.
Yang selalu tak siap kerja sekolah mesti kena siap walaupun jawapannya semua salah.
Hanya itu..dan jika lebih yang saya dapat,maka syukur Alhamdulillah!



Saya tidak pentingkan jumlah A,kerana saya tahu kemampuan anak murid saya.Ada yang beribu bapakan buta huruf.
Saya tidak mengharapkan hadiah pada setiap 16 Mei,kerana mereka hanya mampu memberi sebuku sabun wangi ataupun sekilo beras kampung.
Saya tidak mengharapkan pujian,hanya mengharapkan doa dari anak-anak murid dan keluarga saya.
Sejenak saya terfikir..
adakah 10tahun akan datang saya mampu memberi inspirasi kepada bekas anak-anak murid saya..
atau hanya tinggal kenangan..
atau dilupakan..
atau tidak diingati langsung..

Kepada cikgu di luar sana kuatkan semangat,
tidak kira anda di mana
di kampung,di pedalaman,di bandar,
sekolah kebangsaan,sekolah khas,sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil..
tabahlah
cabaran kita semua sama sahaja
lain tempat lain susahnya..
Anggaplah ianya dugaan dan cabaran.
jika tak cukup tabah,pilihlah kerjaya lain
jika tak cukup kental,bina sekolah sendiri.

SELAMAT HARI GURU KEPADA YANG BERGELAR GURU..
HINGGA DIKUBURKAN KITA TETAP DIPANGGIL CIKGU..



6 comments:

~~Ticer Wann~~ said...

manusia kan tak pernah berpuas hati..so kena belajar untuk mensyukuri apa yang dah diberi oleh Allah...

AB KARIM said...

Like Penibong..kenangan disana takkan dilupakan ...

norinaomar said...

Wan:betul tu Wan..tiada yang sempurna tapi kita mampu berubah ke arah yang lebih baik..

Ustad Karim:Bila dah jauh,rindu..kan?

cik azeya said...

selamat hari guru, cikgu. :)

norinaomar said...

terima kasih azeya..

duniacikgu said...

selamat hari guru noi

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger