Pages

Tuesday, May 24, 2011

Aku garang ke?

Saya taktahulah saya ni kategori cikgu yang macamana?Garang ke?Lawak ke?Penyayang ke?Tapi bila dalam kelas saya boleh nyanyi-nyanyi joget-joget dengan budak-budak..buat kelakar yang tak berapa kelakar pun.

Tapi tadi saya agak geram dengan kelas Tahap 1 Kafa.Kelas mereka ni betul-betul depan kuarters saya ni.Perangai diorang ni memang suka buat bising di pagi hari (seawal jam 6.20pagi),dan sementara tunggu kelas KAFA.
Waktu tengahari ialah masa untuk rehat tapi diorang ni menyanyi-nyanyi lagu yang sekarang tengah popular tapi saya anti lagu tu.Apa lagi.......saya  jerit?No..no..no..saya tak perlu jerit-jerit untuk membuatkan satu kelas tu senyap,buat perit tekak je.Saya buka pintu rumah,saya pandang je,ramai yang sedar saya tengok dari rumah,terus senyap.

Garang ke tu?Tak garang kan?     =)

p/s:Saya taknak murid takut saya,saya nak mereka hormat dan sayang saya.Itu lebih baik.

1 comments:

~~Ticer Wann~~ said...

huhu situasi yang sama terjadi kat sini... tak tau dah nak buat macammana

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger