Pages

Wednesday, April 13, 2011

PJK vs Bola

Entri takde gambar~

Dulu masa sekolah tak suka betul dengan subjek PJK(pendidikan Jasmani dan Kesihatan).Sebabnya yang utama ialah saya takut bola.Cikgu yang ajar PJK masa tu pulak asyik suruh kami main bola aje,bola jaringlah,bola balinglah.Kalau kebetulan saya pakai baju PJ masa tu,saya akan cepat-cepat duduk tepi padang,taknak main.Masalah takut bola ni berpunca daripada bola sesat selalu terkena kat perut atau dada saya,so terus jadi fobia.Sampailah masa matrik,bila disuruh pilih sukan,saya pilih pingpong sebab bolanya kecil.

Tapi dah besar ni saya enjoy main bola jaring,ketakutan tu dah hilang bila masuk UPM.Saya dah atasi ketakutan itu tapi masih tak yakin untuk main dalam pertandingan.Masa kat UPM saya masuk team hoki kolej sebab bolanya kecil jugak =P.Ketakutan tu masih ada rupanya.

Sehinggalah dah jadi cikgu ni barulah tak takut bola 100%.Dah yakin untuk join team netball masa sukan staff (PSKPP).

Tahun lepas saya ada ajar subjek PJK.Dan masa inilah saya cuba pelbagaikan subjek PJK dengan tidak hanya menyuruh budak main bola sebab saya taknak ulang apa yang berlaku pada saya dialami oleh anak-anak murid saya pula.

p/s:Pengalaman menjadi guru kita..

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger