Pages

Wednesday, April 27, 2011

Nazri dan Ketam

 Entri kali ni nak guna bahasa aku..macam cara pulak..=)

Penas!! Penat + Panas
Penat sebab nangis rindu abah (tipu) + Panas (Cuaca tak sejuk)

Masuk kelas tahun 2,aku tengok seat Nazri.."Mana Nazri?" tanya saya.."lari lagi ke?"  2 minggu lepas aku dah sorokkan beg dia sebab pagi-pagi dia jengah muka,lepas tu tak sampai 10 minit (merujuk kepada kawan sekelasnya) dia dah ca alip bot CABOT..

"Dia balik teacher,lepas rehat dia tak datang lagi," kata yang lain-lain.Bab merepot memang nombor satu diorang ni.
"Ini sudah lebey..Saya dah warning haritu". Aku suruh sorang budak ni ambik beg dia dan kasik kat GPK. Sakit hati betullah.

Kringg!! Loceng balik.Tipu lagi.Loceng sekolah aku bukan bunyik kringgg tapi bunyik ketengg! Macam bell sekolah yang hayun tu.Takleh nak imagine?Ho walah..koyok iki loooo..
Tengah syok layan blog zackzuhairi sambil ketawa terbahak-bahak..ada budak ketuk pintu.Bila bukak rupanya Nazri dan Ikmal,bawak pito yang ada ketam dalamnya.

Aku  : Kenapa?
Nazri  : Ini ketam cikgu.
Aku  : Haa??(Semalam baru je dapat ketam,harini dapat lagi).Kamu jual ke kamu bagi?
Ikmal  : Jual,cikgu.
Aku   : Berapa ringgit?
Masing-masing diam..pikir agaknya(Ahh..dapat lepas minum air tin sorang satu ok lah..agaknya tu lah yang diorang fikir)
Ikmal  : 5 ringgit.

5 ringgit untuk 5 ekor-harga yang diberi oleh penjual tak terlatih berumur 8 tahun

Dalam hati aku "tadi Nazri ni cabut lari dari sekolah sebab nak memito ketamlah ni.."aduhaiii.

Urusan jual beli dah selesai tapi Nazri dan Ikmal masih depan pintu rumah.Sebab terkejut tengok si kucing Abang yang sewel tu menerpa masukke dalam rumah aku lalu pantas mengejar Koko..berlakulah kejadian kejar-mengejar antara Abang dan Koko..bunyi kucing gaduh sila bayangkan sendiri.

Aku?Aku pulak nyorok belakang pintu depan sebab aku memang fobia dengan Abang tu gara-gara ia mencakar tangan aku hari tu..kurang hajar.Bukan Cikgu Siti Hajar ye maaf.


2 kanak-kanak comot bau masam bernama Ikmal dan Nazri tadi menjadi hero ku pada hari ini.Menyelamatkan Koko dan aku,menghalau Abang dari dalam rumah.Ohh terima kasih banyak-banyak..

Koko yang trauma setelah diserang bertubi-tubi..Macam kumbang terbalik lepas kena spray dengan Ridsect.

Persoalan menjelma di minda kusutku..Pulangkan beg Nazri ke tak?Dia dah tolong aku..Kalau aku pulangkan nanti dia fikir "oh kalau aku cabut lari lagi takpelah,bagi saja ikan atau ketam kat cikgu,mesti dapat semula beg".

p/s:Ketam masak apa harini ye?hehehehe

6 comments:

~~Ticer Wann~~ said...

gulai lomak ketam pon sodap

Miss Tira said...

Haha, dah kenapa dengan koko tu macam mabuk minum brandy je. Hik hik.

P/s: Tira singgah dari blog Ticer Wan.

Admin said...
This comment has been removed by the author.
Admin said...

wah... dah lama tak makan ketam.............. :)

5 ringgit tu murah ke mahal .... ni pun fail jugak harga pasaran

norinaomar said...

Murah sesangat sebab harga budak2 hingusan..semalam beli ngan akak kat kampung ni sekilo rm15 dalam 8 ekor..kalau kat pasar RM20++ sekilo,maybe dapat 5 ekor je

norinaomar said...

Thanks Tira sebab menjengah ke sini..nanti saya jalan sana plak ye

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger