Pages

Thursday, April 28, 2011

Mencari OP(Official Photographer) perkahwinan

Ini hanyalah pendapat sahaja dan saya hanya berkongsi maklumat yang saya dapat.



..............................
Ok,straight to the point.Tadi berblogwalk jumpa permasalahan cik Mizzura, pening nak cari OP katanya.

Sebelum tu mari kita share tips menghantar emel untuk quotation kepada para OPs yang saya ambil dari blog Professional Photographer yang super terkenal dan hasil kerjanya yang menakjubkan which is encik Ahmad Fairus.Beliau mencadangkan supaya lebih baik emel anda di sertakan butiran seperti berikut:
  • Nama anda dan pasangan
  • Wedding date (Tarikh dan hari)
  • Location yang spesifik e.g Jalan 2,Lorong 3/4,Taman Batu Tua,Sekinchan.
  • Contact number
  • Budget (if any)
  • Specific album that kita perlukan, might be Custom Album ke, Sticky Album ke. Apa jenis album yang kita tau and perlukan, bagitau je. =) Maybe from there, OPs boleh quote any reasonable price for us.
  • Number of events, number of couples (kot la ada 2 pasangan ke kan, bersanding bersama) 
 1)Ambil masa untuk meng'google'
-Taip apa sahaja keywords di google,blogwalk juga blog B2Bs (para bride-to-be),ramai yang rajin attach link ke website OPs ni..serius nanti sampai mabuk tengok gambar..haha

2)Hantar emel dengan butiran seperti di atas.

3)Quotation atau Pakej
-Ada sesetengah OPs yang letak sekali harga pakej fotografi di blog atau website masing-masing dan ada yang tidak.Inilah masanya untuk memulakan sesi menghantar emel.

4)Tanya kawan-kawan anda yang dah kahwin sebelum ni,cuba dapatkan seberapa banyak maklumat.Tapi harus ingat,lain orang lain tastenya,ada yang bajet besar,ada yang bajet sederhana,ada yang suka gambar style begini,ada yang suka gambar style terang-benderang(cis..ayat ni menunjukkan saya ni langsung taktahu terms fotografi hahah belasahhh)

5)Tetapkan pakej yang bagaimana yang anda mahu,taklah nanti blur.Tanya jugak poket sendiri,berapa bajet?RM1000?RM1500.50 (kenapa ada 5 posen di situ saya pun kurang pasti =)..Tapi kalau nak siap nikah,sanding,outdoor,bertandang,sediakan sahaja paling koman pun RM2500 Insya Allah boleh dapat kalau pandai cari.Saya punya?errr..ciput je.Sederhana sahaja.

6)Lastly,redha.Once dah dapat dan book,kita harus nekad.Jangan tewas dengan konflik dalaman.
Jangan pulak menggatal google lagi lepas tu.."alamak,gambo si XXX ni lagi cun ah,harga pun lagi best..alahh menyesalnya aku"..Maka anda buat keputusan untuk cancel OP yang dah ditempah tu,kemudian anda memburu cinta yang lain pula,hahaha.Isyk..memburu OP yang lain pula,sudahnya yang dikejar tak dapat (dah full book) yang dikendong berciciran..Sapa yang rugi?

Saya harap ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana.Saja mahu share sebab saya dah melalui tahap pertama (hunting for OP) dan tinggal nak jalankan misi sahaja (my BigDay).

Di sini saya senaraikan beberapa OPs yang saya usha termasuk ada rakan saya:
1) jasrisamad-beliau rakan saya masa kat UPM dulu

p/s:Jangan sesekali pandang rendah pada yang amatur @ beginner photographer..(*_^)

4 comments:

mizzura said...

okeh..thanks dear...sangat2 membantu...no 4 tu kurang dipraktikkan sebab terlalu fokus cari kat blog...anyway nanti nak tanya kawan2 jugak :-)

norinaomar said...

sama2 kaseh..sharing is caring kan..sharing is sexy too hahaha

Jasri Samad said...

Huih.. I loikee this post.. hehe

apai said...

Salam..terima kasih sebab sudi listkan nama saya jugak ..terharu :)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger