Pages

Wednesday, April 27, 2011

Kumbang badak a.k.a Engkis-Engkis

Hahahaha..sebelum saya taip ni saya dah gelak-gelak dulu..Wowowo..jahat la saya ,saya rasa perkara paling melampau pernah saya lakukan masa kecil-kecil dulu.
...........................

Saya dan Anidah berkawan baik semasa sekolah agama.Kakngah saya berkawan baik dengan kakaknya si Anidah iaitu Azlina.Ok nampak perkaitannya di situ? Good..cikgu teruskan ya?

Pada suatu hari semasa bermain lompat getah di sekolah agama,Anidah menjemput saya ke parti hari jadinya.Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi ke parti hari jadi kerana boleh makan mihun goreng dan kek (juadah yang sangat sinonim dengan parti hari jadi)

Setibanya di rumah,saya beritahu Kakngah saya yang Anidah menjemput saya ke majlisnya.Rupa-rupanya dia pun mendapat jemputan yang sama.Lalu kami pergi ke kedai untuk membeli hadiah.Masih saya ingat hadiah itu ialah coklat wafer dan dibungkus dengan wrapper bercorak buah ceri.

Tapi pada masa yang sama timbullah satu niat jahat,"jom bagi hadiah misteri kat kawan ko ni!" cadang Kakngah.Saya pun bertanya,"Apa?"

inilah kumbang badak a.k.a engkis-engkis tu

Lalu saya mencari kotak bullet stapler,masukkan kumbang badak dalam tu..saya panggil kumbang ni engkis-engkis.Kononnya dalamnya pemadamlah.Dan saya tulis kat luar kotak kecil itu."SELAMAT HARIJADI IDAH,DARIPADA ZURINA *******"

.................
Maka tibalah saat-saat membuka hadiah,tiba giliran si kotak misteri.Bila dia bukak je.."MAAKKKK!!!ada orang bagi engkis-engkis kat kita.Daripada Zurina *******?Mana orangnya ha?"
Masa tu saya dan kakngah dah turun bawah ,konon nak kencing padahal kami mengekek-ngekek ketawa!!Kah!kah!!

p/s:Idah kalau ko terbaca blog aku ni aku mohon ribuan ampun dan maaf ye.Aku dah 10 tahun tak jumpa ko.Entah dah berapa anak ko sekarang ye.

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger