Pages

Saturday, April 23, 2011

Hujan dan kasut

Apakah perkaitannya hujan dan kasut?Ini kisahnya..

credit to google


Kisah 1

Situasi ini berlaku di zaman sekolah.Hujan lebat turun di tengah malam,sedapnya sambung tido sambil tarik selimut..Tiba-tiba mata sata terbelolok!!!Ya Allah!!Kasut sekolah aku!!!Cepat-cepat buka pintu dan turun ke bawah,hampa dan layu hati tengok kasut dah bertakung air..huhuu..terus buat operasi mengeringkan kasut..lap-lap dengan selimut,sumbat kasut dengan kain selimut buat lap kasut tadi hehehe..

Kisah 2

Hari Sabtu dan Ahad tak sekolah..tapi dok main je kerjanya.Tak ingat nak basuh kasut..Dah hari Ahad baru terhegeh-hegeh nak basuh.Dahla cuaca mendung,tak panas.Bila dah malam,angkat kasut yang dijemur rupanya tak kering..Apa lagi,terus menuju ke peti ais.letak kat belakang atau kat bawah peti.Esok pagi muka senyum sebab dah kering.

Kisah 3

Hari Isnin,kasut dah kering siap dikapur.Tapi hujan pulak..Macamana ni,nanti kasut basah.Otak yang cerdas ni mula berfikir,pergi dapur ambil 2 plastik merah,sarungkan kat kasut,bajet tak basahlah tu..Berkesan you..Zaman sekarang alasan budak tak datang sekolah..kasut basah.Rasa nak tempeleng je.

Kisah 4

Dah masuk sekolah menengah masih lagi dengan tabiat lupa nak angkat kasut lepastu bila hujan jadi basah semula.Tapi dah besar(besar ke?)ni,dah ada method yang lebih berkesan untuk keringkan kasut.Tiada lagi letak belakang peti ais..masuk washing machine bahagian spin terus!Sumbat dengan kain tebal-tebal..supaya takde bunyik gedek..gedek..gedek...Nanti kantoi dengan ibu.





p/s:Sampai sekarang kalau hujan lebat waktu malam bukan saya seronok,tapi ada fobia

4 comments:

adan said...

salam.. hahaha.. selepas baca entri ni teringat pulak zaman ribena dulu.. kahakahkaha

norinaomar said...

rasanya mostly orang buat benda yang sama kan?=)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau kasut basah dulu mesti pakai sport shoe.. tp sampai skolah confirm tggl stokin. kasut dah kena rampas... amik kau! hitam legam tapak stokin tu

norinaomar said...

ohh,takboleh eh pakai sport shoe..nasib badan

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger