Pages

Tuesday, April 19, 2011

Gelakkan anak murid


Pagi2 ni saya nak memberi sedikit perkongsian,untuk peringatan saya juga..
Sebagai cikgu tipulah kalau saya kata kita tak pernah gelakkan hasil kerja anak murid.Kalau ada yang tak pernah buat tu saya ucapkan syabas dan Alhamdulillah.

Kisah 1
Masa KPLI dulu,kami perlu buat tugasan semasa School Based Oriented.Jadi,kenalah buat ulasan dalam BI,so ada 30++ students,ada macam-macam ragamlah penulisannya.Dan of courselah ayat tunggang-langgang semua keluar.
Seorang rakan sekelas saya kebetulan pergi ke bilik pensyarah nak hantar assignment tu,dia terdengar pensyarah2 kat dalam tu ketawa terbahak-bahak.Rupanya mereka sedang mentertawakan ayat kami.

Kisah 2
Musim menanda kertas peperiksaan sedang bermula.Guru-guru asyik menanda,dan untuk menghiburkan hati mereka pun saling berkongsi apa yang melucukan pada jawapan anak2 murid mereka.
Cikgu A : Eh,B kau dengar ni budak aku jawab..The boy is eating the basket..hahahaha bongoklaa...aku ajar tak paham2..
Cikgu B  : Ni BM pun lebih kurang je,Ahmad sedang memancah rumput..Hahahahaaa....ketawa bersama-sama...
*memancah = menebas(ni ayat orang Johor)

Kisah 3-lebih moden
Selang seminit dia (juga seorang cekgu) update statusnya di FB..Dia menaip semula ayat yang dirasakan lucu di wall FBnya..untuk mengajak orang lain mentertawakan anak muridnya barangkali..

Kalau saya yang sedang belajar di maktab rasa marah bila pensyarah saya mentertawakan ayat saya si dalam tugasan,mengapa saya nak buat juga perkara yang sama.

Kalau niatnya nak mendidik,bukan itu caranya.Sebab dia bukan berkongsi di FB anak muridnya..

Terpulang pada prinsip masing-masing..saya sendiri dah kurangkan aktiviti ini,sebab saya fikir kalau kita tak suka orang buat macam tu kat kita,so kita jangan buat macam tu kat orang lain.

Bab respect ni bukan sesama orang dewasa dan orang lebih tua sahaja,juga kepada binatang,kepada yang lebih muda jugak khususnya anak2 murid kita.

5 comments:

yusri said...

tu aku setuju noi...rasa insaf pulak aku atas apa yg pernah aku buat...hhehe

norinaomar said...

ingatan untuk aku jugak yus..nak insaf gak ni..takbaik kan buat mcm tu?

Ardini Humaira said...

uisk sangat tak suka kalau dicanang apa yang kita jawab.. isk isk.. malu je kan.. sian student..


p/s: dear kalau nak booking vco boleh je mana2 nak isi form atau email. kalau isi form lebih mudah sebenarnya, segala details dah lengkap... lepas tu cuma wat payment je ;)

mizzura said...

betul la cakap awak..tapi kadang kita share bukanlah nak mentertawakan kebodohan seseorang itu...cuma nak share cerita lucu jer..not more than that..tapi kalo memang niat nak memperkecilkan orang tu..memang tak patutlah...

|Lasagne Sedap di The Teapot Deli|

aLa said...

saya tidak pernah rasa mahu ketawa dgn kerja murid saya, malahan rasa marah dan membebel pjg adalah lg.. bila fikir balik, guru yg ketawakan murid tu sebenarnya sdg ketawakan diri sendiri.. tak berjaya mencapai objektif pengajaran mungkin?

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger