Pages

Tuesday, April 26, 2011

~....~

kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata kita boleh menyakiti hati orang lain
kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlalu mengawal kehidupan pasangan kita
kadang-kadang kita seperti tidak dapat menerima kekurangan pasangan kita
kadang kadang kita terlalu mengimpikan yang indah2 sehingga kita lupa perkara yang pahit dengan pasangan kita
kadang-kadang kita rasa kita tak sempurna sehingga kita sanggup berbuat sesuatu diluar batasan akal untuk nampak sempurna dimatanya
kadang-kadang kita merungut di atas setiap dugaan yang hadir

tapi

segala perkara buruk baik yang berlaku dapat mendekatkan kita
dapat memberi pengajaran kepada kita
menjadi guru dalam kehidupan kita

kerana

hidup ini kita belajar
manusia boleh berubah
tapi memerlukan masa
yang cepat berubah itu rezeki
yang lambat berubah itu dugaan
aku belajar untuk berubah
berubah menjadi insan yang lebih sabar
insan yang mampu mengawal nafsu marah
insan yang memahami orang lain
insan yang melayan orang lain dengan baik
insan yang menuturkan kata-kata yang baik
insan yang menghargai orang yang baik
insan yang menjadi penyejuk hati ketika hati yang sebelah lagi dilanda derita


INSYA ALLAH..


p/s: "Woman are meant to be loved, not to be understood.Men are meant to be understood not to be loved"


2 comments:

Zulfikar Hazri said...

mencuba itulah yg terbaik... mencuba tapi gagal adalah lebih baik dari terus gagal...

semoga awak menjumpai kebahagiaan hidup dicelah-celah ketidaksempurnaan itu. :)

norinaomar said...

Terima kasih..berat rasanya..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger