Pages

Thursday, April 28, 2011

Berhijrah dalaman dan luaran

Cerita ni tak ada kena mengena dengan sesiapa..ditujukan kepada umum.

Adapun alkisah ada seorang wanita telah jatuh cinta dengan seorang ustaz..maka sangat gembiralah dirinya kerana cintanya berbalas kerana itulah yang diidam-idamkan selama ini..menjadi suri kepada seorang yang bergelar ustaz.

Hendak dikisahkan ,wanita ini bukanlah sesempurna kejadian,masih ada tabiat buruk yang hanya rakan dekat sahaja yang tahu seperti suka bercakap dengan kuat,gelak mengilai-ngilai dan suka mengambil tahu hal orang lain.Masya Allah..(ehh contoh sahaja ye ni,bukan betul-betul..)

Maka,bermulalah episod percintaan seorang gadis biasa bersama seorang ustaz..Oh indah sungguh bercinta dengan ustaz XYZ ini,,dunia ini bagai meraikan kebahagiaanku..



Oh..semua orang harus tahu,aku ini bercinta dengan ustaz..langkah seterusnya..

1)tukar relationship status di Facebook

2)setiap hari update status di Facebook,ingin berkongsi kepada dunia bahawa hanya dia sahaja yang bercinta


3)Upload gambar kekasih hati di FB tapi untuk tempoh sebulan sahaja.

4)Share post atau artikel yang baik-baik,dan ramailah yang memuji dan memberi komen

Comments
Diawanitatulen                               :Wah,sejak bakal jadi bini ustaz ni,
                                                      bukan main lagi

OhAkulahBakalIstriUstaz              :Hikhikhik (^_^)v

Dan kemudian terdetiklah di hati,ingin menukar penampilan.Kalau dah kapel dengan ustaz makanya mestilah berpenampilan muslimah gitu.Baru orang kata ,haa macam nilah bakal isteri ustaz..

source:google

Maka,sudah berubahlah penampilan dan imejnya..semata-mata mahu nampak seiringan dengan kekasih hatinya..Takkan kapel dengan ustaz masih pakai lengan pendek dan tudung singkat..=P..Tapi status FBnya tetap ditukar selang satu jam,ingin berkongsi kepada dunia betapa indahnya cinta mengikut landasan Islam.

Maka...ramailah yang memuji imej barunya dan semakin gembiralah hati wanita itu.

Adapun,hari berganti hari,minggu berganti minggu..kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari..jodohnya bersama ustaz itu tidak panjang.Cinta mereka putus di tengah jalan entah tidak pasti apa sebabnya.Wanita itu redha atas dugaan yang diterima.

Langkah yang diambil..

1)Tukar semula relationship status di Facebook kepada single atau tak publish langsung.

2)Share post atau artikel berkaitan dengan perpisahan,tabah hati,wanita cekal dan sebagainya

3)Berubah imej dengan lebih extreme,dan pada masa yang sama mewar-warkan kepada dunia melalui status FB dan share notes bahawa dia berubah kerana Allah bukan kerana bekas kekasihnya.."oh,mesti ramai yang dengki dan akan ketawakan serta mengejek perubahan aku ni,sebelum diorang cakap-cakap dan komen,baik aku publish notes dan status yang aku ni ikhlas cepat-cepat"..tu dia!

Tapi perubahan imej perlu jua disertai dengan perubahan sikap..Malangnya wanita itu masih mengekalkan sikapnya yang asal seperti yang telah saya sebutkan di atas iaitu suka bercakap dengan kuat,gelak terbahak-bahak,mengilai-ngilai dan masih tetap suka mengambil tahu hal orang lain.Masya Allah..(ehh contoh sahaja ye ni,bukan betul-betul..).Dan wanita ini masih memburu cinta sejati dari orang yang bertitle kan USTAZ..

Sekian,itu sahaja cerita nenek di petang khamis.Penutupnya kok macam tak best.

p/s:Segalanya bermula dengan niat..kita hidup kerana Allah,kita mahu mencari pasangan hidup pun kerana Allah..kita sama sahaja,bezanya cuma amalan kita.
Abah saya pun ustaz jugak,ustaz kepada 6 orang anaknya.

9 comments:

Yusri said...

dah pisah ke Noi?..tak ada la rombongn ?

harl_yna said...

noi..aku suka post ni...sgt2...

makdara TERdiva said...

dapat yg macam ustaz amirul pun best :)

InaAchik said...

hmmmm... ntah la yer...
tak pandai nk wak conclusion dlm karangan ni...
hehehee...

norinaomar said...

yus:oi,ni tak point mana2 pihak,ada persamaan dengan sesiapa ke

MDT:kalau dapat yang mcm ustaz amirul tu rezeki untuk kita

InaAchik:hehehe..karangan ini tak perlukan konklusi sayang

lina:thanks..biasa2 je..cerita rekaan

~~Ticer Wann~~ said...

hiii bukan ustaz tapi cukuplah sedap mata ustat ustajah aku pandang...ehh ni dah salah komen ni.... haha mamai baru bangun tido

yeapp biarlah perubahan kita kerana Allah bukan kerana seseorang...lagi besar ganjarannya tuh.. :))

THE LEKAT LEKIT STORY said...

pasal status FB tu sy sampai dah kawen baru tukar dr single ke married. selagi tak kawen dulu dok single la manjang. Pasal berubah imej tu.. tepuk dada tanya selera. berubah hanya utk pandangan mata manusia atau berubah kerana keinsafan diri atau sekarang ni berubah kerana fesyen.

Yusri said...

ohh macam tu ghupanya citenya...

Nur Adilah said...

nice post =)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger