Pages

Sunday, March 6, 2011

Ular oh Ular


Ular..dengar nama dan tengok gambar pun dah gerun..Ye,saya takut ular!

Kalau mimpi dipatuk ular tanda ada orang nak masuk meminang,(kata orang bukan saya yang kata)
Kalau mimpi ular,tanda berhati-hati kerana kita ada musuh (kata orang juga,bukan saya kata)
Kalau terjumpa ular,halau dengan buluh,jangan dibunuh.Takut-takut itu makhluk lain (saya kurang pasti dengan yang ini)
Kalau masuk ke hutan,pakailah payung,takut-takut ada ular menimpa muka (ini dari cerita Musang Berjanggut)

Kisah 1: Housemate saya terpekik-pekik di dapur,dia kata dalam bilik air ada ular..Aduss,dah masuk 3 tahun rumah ni tak pernah dimasuki ular..Satu-satunya perkara yang saya takuti..Rumah sebelah sebelum ni dah banyak kali tapi ini kali pertama di rumah saya.Nak masuk bilik air pun takut-takut..

Kisah 2: Kelas Year 4 hari jumaat lepas riuh-rendah sebab ada ular lidi kat siling.Budak-budak tak concentrate nak belajar sebab mata asyik memandang ke atas je.Saya pun ternampak jugak kepalanya yang sebesar kepala cicak.Biarlah,dia pun nak belajar juga..Padahal cikgunya 10 kali penakut ular tapi kena buat-buat macho..

p/s:Main dam ular tak takutlah pula

4 comments:

AdyBudika said...

kisah anda ada disini

http://www.adybudika.com/2011/03/takde-entri-kita-wat-entri-follower_06.html

:)

cik pulau said...

pernah gak jumpa ular bawah katil dalam bilik.. arghhh.. tak dapat bayangkan.. just jerit panggil mak je...

btw.. singgah dari blog Ady Budika..^^,

norinaomar said...

oohh..finally..thanks ady

WaNi said...

pernah mimpi ular...eiii, geli!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger