Pages

Sunday, March 6, 2011

Pandangan mata selalu menipu

Betul..kita tak dapat menafikan mata kita cenderung melihat yang indah-indah sahaja..Bak kata rakan saya pagi ini,

 sekadar gambar hiasan
"Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah"
Pandangan manusia berbeza-beza..ada yang jujur suka melihat wanita-wanita yang cantik sahaja,maka mereka memilih yang berwajah jelita sebagai teman hidupnya.Itu namanya pandangan dengan mata.
Ada juga yang memandang luaran dan dalaman,memandang bukan pada paras rupa tetapi kecantikan dalaman (inner beauty)..Itu namanya pandangan mata hati.
Cuba kita duduk di kompleks membeli-belah,kita perhatikan gelagat orang,gelagat pasangan kekasih dan suami isteri,ada yang dua-dua sama cantik sama padan,ada yang sangat kontras.
Sesungguhnya cantik itu subjektif..Jika kita pandang sesuatu yang cantik,maka ucapkan Subhanallah dan Indahnya Ciptaan Tuhan..
P/S:Saya cantik..ke???

2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

setuju.. cantik tak cantik tu subjektif.. yang kita kata cantik tak semestinya orang kata cantik jugak.. tapi cantik terbaik semestinya cantik ati la.. kan?

nadh setuju ng kamu. ;)

norinaomar said...

hehehe...nadh cantekkk

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger