Pages

Saturday, March 26, 2011

Majlis Perkahwinan-dijemput,tidak dijemput dan hadir dan tidak dapat hadir

Cuti sekolah yang lepas tentu korang semua dapat banyak kad walimah.Begitu juga dengan saya.Bukan saja cuti sekolah yang baru-baru ni,bahkan hanya sedikit sahaja majlis perkahwinan kawan-kawan yang saya dapat hadiri oleh kerana saya mengajar jauh dari kampung.Ada pulak yang buat majlis jauh dari kampung saya contohnya Perak,Kelantan,Terengganu..kalau ada geng baru dapat pergi.

Bab menghadiri jemputan ni saya banyak belajar melalui tauladan iaitu dari ibu dan abah saya.Mereka memang rajin hadir jemputan kahwin,tak kira jauh ataupun dekat.Kalau kebetulan majlisnya tak dapat nak hadir,mereka akan datang awal sehari atau lambat sehari atau 2,3 hari."Orang jemput kita kena pergi,wajib.."kata ibu saya.Sebab tu lah,dalam sehari mereka boleh pergi 6-7 jemputan..meletop!Sehinggakan saya pergi ke rumah kawan saya (majlisnya 5 hari yang lepas),parents nya kenal parents saya,diorang kata "Omar paling rajin datang kenduri kawen".....euww kembang i dengar.

Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Apa yang saya praktikkan ialah:

1)Kirim hadiah dengan mana-mana rakan yang pergi.Biasanya saya bank in duit dan sebutkan hadiah apa yang saya mahukan,so memudahkan rakan saya nak beli.Dahlah kita menyusahkan dia,lagi mahu menyusahkan dia berfikir pulak.Penat tau berfikir..

2)Kirim salam keruk dengan mana-mana rakan yang pergi.Kadang-kadang kalau bajet tak berapa memberangsangkan saya just bagi duit dan suruh rakan saya masukkan dalam angpau,bagi kat pengantin.Kat Johor amalan ni dianggap biasa.

3)Pergi rumah pengantin beberapa hari awal atau beberapa hari lambat,kita datang bukan nak minta makan tapi sekadar memenuhi undangan .

4)Pos hadiah-Ini idea terbaru dari saya yang tidak memerlukan bajet besar untuk kos pengeposan.Just purchase baucer samada JUSCO atau GIANT..paling minimum ialah RM10.Masuk dalam envelop dan pos seperti biasa.Kalau nak cepat sampai,beli sampul pos ekspress..dalam tu selitkanlah surat.Kang pengantin taktahu pulak sapa yang pos.

p/s:It doesn't matter if people forget us,but not us to forget them..








2 comments:

Yusri said...

sifat terpuji,..contohnya kau sendiri datang dari johor semata mata nak pegi kenduri aku kat sekinchan...

norinaomar said...

mana yang dapat aku g,Insya Allah aku sampai Yus.kebetulan kaksham pun nak g jugak.aku rasa ramai je yang buat macam aku

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger