Pages

Wednesday, March 30, 2011

Kisah Solat 5 waktu

Sudahkah anda solat ketika membaca entri saya ni?Kalau sudah,syukur alhamdulillah..

Saya bukannya alim sangat nak berkongsi kisah pasal solat ni,sebab saya sendiri pun kadang kala lalai mengerjakannya..
Satu je pesan abah saya setiap kali saya nak balik ke matrik,UPM,ke Langkawi dan sekarang ke Sarawak,"Jangan tinggal solat nak.."saya pegang sampai sekarang.

Ya..saya akui dulu saya maalas solat.Kaklong saya paksa macamana pun saya akan buat-buat solat.Buat-buat ambil wuduk(cuma basahkan muka,tangan,kaki),buat-buat solat..(bila time sujud tu pandang kiri kanan)..lepas tu terkantoi..

Cikgu sekolah agama petang pun suka tanya kami satu kelas sebelum balik,sapa tak cukup sembahyang,angkat tangan..Masalahnya semuanya jujur pulak tu.Kalau tak cukup 1 waktu dia akan cubit kat atas dada belah kanan kuat-kuat..masa tu umur 10 tahun macam tu..

Tapi saya tak pernah pulak kena rotan dengan ibu abah bila tak sembahyang..kalau gaduhke,tak reti ngaji  kena rotan plak ,dengan wayar cerek atau puntung kayu lagi..zalim kan?

Saya mula sedar yang saya kena cukup solat saya bila dah masuk tingkatan 3,lambat kan?Barulah saya sedar bahawa Hidayah itu hak Allah..dan sehingga kini saya cukup menjaga solat saya.Insya Allah selama-lamanya..

Masa bulan lepas,saya pergi pemilihan bola sepak n sepak takraw bersama cikgu-cikgu lain dan anak murid saya(semua lelaki)..Masa break tengahari tu,saya ajak budak2 tu solat,mujurlah sekolah tu ada surau yang boleh tahan sempurnanya walaupun kipasnya tak berfungsi.Budak-budak biasalah,banyak betul alasannya,seluar kotorlah,penatlah,ngantuklah,panaslah..Lepastu saya tanya, "Nanti kita balik lalu laut,ada gelombang tau,kalau kita semua karam,kita mati sia2 je..sebab kamu semua tak sempat solat,tak sempat nak mintak ampun dengan Allah..Kalau solat pun kita tak buat,macamana Allah nak tolong kita kalau kita karam?"
Masing-masing terus bangun dan sibuk nak cari paip.Apalagi macam mak itik bawak anak2 itik pergi ambil wuduk.Sampai je kat surau tu,tanpa disuruh,budak2 tu duduk dalam saf,sorang jadi imam dan ada yang jadi bilal..Ya Allah,sejuknya hati saya melihat mereka berbuat demikian..Walaupun saya tahu,mereka hanya akan solat Zuhur sahaja pada hari itu.

Mendidik solat ni satu je,ibu bapa kena jadi role model..Dan sentiasa ingatkan anak,setiap waktu,biar penat menegur tapi hasilnya akan berbaloi..

Sya tertarik membaca pendekatan Wardina Safiyyah dalam mendidik anak-anaknya bersolat..Insya Allah,marilah kita sama-sama ikut,bukan hanya sekadar share dan klik 'LIKE'

1 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat lewat malam cikgu..
kak ayu dapat singgah time malam2 nielah..maklumlah time nie dapat rehatkan diri..

ayu dah lama gemar caera wardina didik anak2 beliau..semoga cara beliau ramai yang guna pakai

PS: ibu pernah rotan peha kak ayu sampai tertanggal kulit dgn isi...gara2 kak ayu terlewat solat maghrib...

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger