Pages

Thursday, March 31, 2011

It's too complicated

Saya taktahu nak explain macamana setiap kali orang tanya "Isi borang pindah tak?"..saya jawab "tak,".."Kenapa tak isi,best sangatke duduk sana sampai taknak balik?"..saya hanya diam..Macamana nak jelaskan..taktahu.

Saya nak mulakan tulis pun taktahu nak mula cerita dari mana.Last week saya sampai tak boleh tidur fikirkan adakah saya patut isi borang pindah..Saya tanya pendapat ramai kawan-kawan cikgu jugak,ramai yang suruh saya isi je,dapat atau tak belakang kira.Ada pulak yang kata suruh isi sebab at least ada rekod yang kita pernah buat permohonan,so untuk next permohonan peluang tu kira besar jugaklah(boleh pakai ke rumours ni)..

Ok ok..biarlah saya buat pengakuan di dalam diari saya ni,target saya tahun ni adalah tahun terakhir saya berkhidmat di sini..Harap-harapnya begitulah..tapi bukan mintak pindah tengah tahun,saya nak isi untuk hujung tahun nanti (borang keluar bulan 9)..saya tak isi yang tengah tahun ni sebab saya nak simpan sikit gaji untuk majlis hujung tahun nanti.Insya Allah..sebab saya tidak membuat sebarang pinjaman peribadi untuk kahwin,dan saving yang ada masih tidak mencukupi.Saya fikir,jika saya memohon dan permohonan saya ke JB diterima,mana saya nak korek fulus untuk deposit rumah sewa,nak buat persiapan kahwin,nak survive untuk 2,3 bulan tak ada gaji..Dan mungkin ada yang kata,kalau fikir macam tu,sampai bila-bila pun tak pindah..Ya,itu kata orang,dan mungkin saya agak berfikiran tertutup untuk situasi ini.

Housemate saya yang pernah mencuba isi borang tukar dan memohon 3 kali dan tak dapat2 jugak.Kali ni dia harap sangat dapat,duit nak kenduri boleh cari kemudian katanya,asalkan dapat pindah balik.Saya nak jugak berfikiran macam dia tapi tak boleh,taktahu kenapa.

Hmm..entahlah,makin difikir makin serabut jadinya..Jadi kalau ada yang tanya kenapa tak isi borang pindah..saya nak jawab..............tak ada alasan kukuh nak pindah..senang cerita!

p/s:Dokumen pengesahan jawatan dah hantar..Mudah-mudahan tahun ni dapat sah jawatan dan tak potong KWSP lagi AMINNN

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger