Pages

Thursday, March 3, 2011

Debaran yang berakhir dengan rezeki..

Harini housemate saya Sarah bunyik nak makan kek coklat..Sebagai tanda membalas jasa beliau yang telah memasak mi kuah untuk santapan tengahari,maka bermulalah proses mencari resepi kek coklat yang tak guna 'butter'..Google punya google maka terjumpalah resepi kat sini.

Godek-godek dapur ada 3 barang takde,tepung,telur dan susu pekat manis.Maka saya pun smslah akak PPM asrama (Pembantu Pengurusan Murid) sekolah ni,Kak Supita yang juga tuan punya kedai runcit,kirim barang dengan beliau dan kirim nak pinjam mixer kek..Kes terlalu tak rajin nak menapak ke kedai.Dah sent satu sms,beliau balas...
"Noi,akak ada benda nak tanya ni..sesuatu yang rahsia dan menyakitkan.Nanti akak bagitahu ye"

Ahh..sudahh..Apa lagi ni..saya balas..

"Pasal siapa kak?Ni yang tak senang hati dibuatnya"

Beliau balas lagi..
"Ada le..nanti akak bagitahu.Gerenti Noi tak lena tidur malam ni".

Arghh...stress betul..Bangun tidur petang je dah pukul 4.30petang..Mandi dan terus tunggu beliau.Dengan tersengih-sengih rupanya beliau tunjukkan satu angpau berisi RM60 dalam plastik mixer tu. 
"Inilah bendanya..Noi punya ni agaknya sebab takde sapa yang pinjam mixer akak"..
Kurang asam jawa betul..Punya lah berdebar dan mula berfikir yang bukan-bukan..rupanya saya tertinggal angpau saya dalam plastik mixer tu sejak lepas raya tahun lepas okehh..

Alhamdulillah..RM60 tu pun rezeki yang tak disangka-sangka..

p/s:Masih terfikir-fikir,RM60 tu duit apa ya..hmmmmm

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger